HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 September 2019

Kes kehilangan aktivis: Telco, bank bantu pasukan petugas buru suspek

MALAYSIAKINI

    Pasukan petugas khas yang menyiasat kehilangan aktivis Amri Che Mat telah memohon bantuan daripada syarikat pembekal telekomunikasi dan bank untuk mengesan suspek berkenaan, kata ketuanya, Abdul Rahim Uda.

“Kita sedang melebarkan jaringan. Sekarang ini kita menerusi telcos (syarikat telekomunikasi), kad kredit punya ini nak kesan pergerakan orang yang terlibat melalui ahli-ahli qariah.

“Kita nak tengok macam mana pergerakannya. Orang yang kita syaki terlibat. Yang terlibat kehilangan Amri.

“Mana le tau kot ada yang boleh berikan sedikit gambaran mengenai perkara itu," katanya kepada Malaysiakini.
Iklan

Abdul Rahim yang juga adalah bekas hakim Mahkamah Tinggi berkata pasukan petugas, yang telah diberi enam bulan untuk menyelesaikan siasatannya, juga telah mengenal pasti beberapa saksi-saksi baru dan meneroka sudut-sudut baru.

Katanya, puluhan saksi telah ditemubual, termasuk mereka yang membantu polis dan Suhakam sebelum ini, untuk memudahkan siasatan.

Selain itu, beliau berkata pihak polis juga telah diminta untuk membantu kerja-kerja petugas khas itu susulan arahan dari Pejabat Peguam Negara tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata pasukan petugas sedang meneliti sudut lain kerana yang sebelumnya diteliti oleh Suhakam dan polis tidak mendedahkan banyak maklumat.

"Jika kita hanya bergantung kepada sudut lama, kita tidak akan jumpa apa-apa ...

"Kita perlu siasat sudut baru. Kita perlu memperluaskan jaringan dan mengenal pasti saksi-saksi baru. Mudah-mudahan, kita akan dapat menghasilkan beberapa petunjuk. Berdoalah,” katanya.

Pada Jun 26, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan pasukan petugas khas untuk menyiasat kehilangan Amri dan Pastor Raymond Koh.

Tiada ulasan: