HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 September 2019

Sedikit Teguran Untuk Sahabat Sahabat Ikhram

Oleh Md Zulaimi


Ikram adalah antara pertubuhan2 Islam yg aktif dalam memberi sumbangan kepada umat2 Islam di Malaysia.

Ikram berjaya melatih dikalangan anak2 muda yg mempunyai potensi diri yang baik sejak dari sekolah dan kolej lagi. Diawal penubuhannya Ikram beriring dgn ABIM dan Pas kalau dikampus. 
 
Cuma pergerakan Ikram (dulu IRC) agak sulit dan teratur.

Sejak selepas isu Anwar dipecat, Ikram pada ketika itu dikenali JIM mula berjinak dgn aktiviti politik dan agak terbuka kegiatanya dgn beberapa pimpinanya mula menyerap masuk dalam parti politik seperti Pas dan Parti Keadilan... tetapi ramai yg tertumpu kpd Pas kebetulan pada masa yang sama Pas mendapat sambutan hebat dikalangan profesional. Dr Mujahid, Dr Hatta, Dr Dzul antara nama besar yg menyertai Pas dan Abu Urwah bersama Parti Keadilan sblm dimasukkan ke Kemunting.

Ketika nama2 besar ini bersama Pas dan bergabung dgn aktivis yg lahir dr Pemuda Pas spt Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Salahudin Ayub berjaya menguasai lebih dr separuh kepimpinan Pas pusat sehinggalah pd 2015 mereka ini gugur setandan dalam kepimpinan Pas Pusat.

Mereka yg gugur ini dengan desakan penyokong yg agak marah dan kecewa dgn perkembangan anti golongan profesional dalam Pas maka lahirlah Parti Amanah.

Semenjak dalam Pas kemuadian Amanah, pemimpin yg dilahirkan Ikram ini diterima baik sbb sememangnya mereka ini seorang yang berkualiti untuk jadi pemimpin dan mereka boleh mengikut rentak gerakan politik, sanggup berdepan dgn risiko, ada yang diterajang dan diheret sehingga koyak baju masa Demonstrasi, maknanya .ereka sdh melangkaui imej Ikram yg takut pd risiko, bergerak secara sulit.

Dalam PRU14, pemimpin2 ini.menang bergaya termasuk Dr Marslee Malik, Ir Amirudin dalam PPBM. Hari ini kalangan mereka ini sdh jadi menteri dan timbalan menteri.

Selepas berlaku pertukaran kerajaan dan PH menguasai kerajaan, saya lihat ada kalangan sahabat Ikram tidak sabar dan mula memasang hajat menguasai politik sepenuhnya terutama Amanah.

Walaupun tidak diumumkan tetapi gerakan kearah itu mungkin tak dirancang tetapi dilihat seolah2 utk menaikkan ramai kalangan Ikram dalam parti.

Antum kena hati2, dalam politik ini kena berseni sikit. Bila Menteri dari Ikram dan melantik pula pegawai2 menteri juga dr Ikram yg tidak aktif dlm parti, persepsi lain mula timbul dalam khalayak ahli lain. Diperingkat kawasan pun mula nampak dikatakan gerakan "Ikram" utk kuasai kepimpinan kawasan akhirnya mereka yg berkualiti sbg pemimpin dr kalangan Ikram tersingkir dalam pemilihan seperti berlaku di Kelantan. Siapa sangka Ust Nik Omar boleh tewas dan tak terpilih dlm senarai 15 yg menang.

Ana takut, kesan ini akan terus merebak ke pemilihan peringkat nasional, nama2 besar yg menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri tidak terpilih dlm senarai 27 yg terpilih. Bayang Dr Mariah seorang yg hebat dan lama yg berani keluar dr Pas meninggalkan rakan2 muslimat yg lain pun hampir2 tersingkir di pemilihan peringkat kawasan Puchong, tidak mustahil pemilihan nasional ini ramai yg terkeluar.

Kalau nama2 besar ini terkeluar dan ditolak atas faktor Ikram, Amanah akan rugi TETAPI seni politik ini kita kena bijak bergerak ikut irama yg dimainkan. Kalau antum cuba menjadikan Amanah ini Ikram, antum seolah2 cuba menyingkirkan kalangan pemimpin2 yg hebat dikalangan antum ini dari terus menjadi pemimpin utk rakyat dan negara ini.

Belajarlah dgn ABIM, mereka yg masuk politik dan berjaya, ABIM tak campur dan cuba mencaturnya tetapi ukhuwah tetap berterusan.

Maaflah kalau tulisan ini agak menyinggung sahabat2 Ikram, mungkin apa yg ana tulis ini tidak benar dan hanya persepsi shj tetapi keadaan tetap sama, ia akan merumitkan antum.
 
 

Tiada ulasan: