KUALA LUMPUR – Projek Perumahan Rakyat
(PPR) yang bakal mendapat nama baru tidak lama lagi turut mengalami
perubahan besar selain peningkatan pelbagai kemudahan di
persekitarannya.
Tanpa mahu mengulas lanjut, Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penjenamaan
semula itu kelak menawarkan konsep kediaman yang berbeza namun harganya
masih menepati kemampuan golongan B40.
“Masih untuk B40, kita hanya ubah nama.
Konsepnya lain (dengan PPR). Rumah mampu milik itu nanti akan 900 kaki
persegi dengan kelengkapan kemudahan di kawasan yang strategik,” katanya
kepada pemberita.Persidangan Tahunan Smart Citties Adia 2019 kali ke-5
Menurut Zuraida, pihak kementerian telah
mengenal pasti nama baharu untuk PPR dan menunggu masa yang sesuai untuk
mengumumkannya.
“Saya tak boleh cakap apa-apa sekarang
nanti kamu salah petik saya dan semua perkara akan jadi kacau bilau.
Kita sudah ada nama tapi saya tidak cakap sekarang,” tambahnya.
Penjenamaan semula PPR itu, jelas Zuraida bertujuan meningkatkan motivasi dalam kalangan penduduk.
“Kita tidak mahu merendahkan penduduknya saya nak tingkatkan motivasi mereka,” katanya lagi.
Semalam Timbalan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin
Shah berkata nama baharu menggantikan PPR belum dimuktamadkan lagi.
Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang
Chow Kon Yeow meminta KPKT mengkaji semula cadangan penjenamaan semula
PPR jika mahu menggunakan Program Perumahan Malaysia (PPM) yang didakwa
bakal menjejaskan peluang golongan B40 untuk mendapatkan kediaman.-
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan