HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Oktober 2019

Kemakmuran tak bermakna jika si miskin tak merasa - Hassan Karim

MALAYSIAKINI

   

Rancangan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, perlu mengambil kira aspek pengagihan kekayaan negara yang lebih adil kepada kumpulan B40, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

"Beberapa hari lagi Wawasan 2020 akan sampai titik penutupnya. Malaysia gagal untuk jadi negara maju.Buktinya kemiskinan rakyat masih tinggi, bukannya 0.4 peratus tetapi lebih 15 peratus menurut Pelapor Khas Petubuhan Banda-Bangsa Bersatu, Prof Philip Alston.


"Kerajaan baru Pakatan Harapan sekarang telah bersedia untuk bangun semula dari kegagalan Wawasan 2020 dengan membentangkan wawasan baru WKB2030 dan sebagai ahli parlimen dari Pakatan Harapan saya menyambut baik dan menyokong," katanya.

Bagaimanapun, beliau bahawa WKB2030 tidak akan berjaya atau bermakna sekiranya tiada peningkatan pendapatan para pekerja Malaysia.

"Jurang kaya miskin golongan 20 peratus di atas dan golongan 40 peratus yang di bawah yang pada masa kini terlalu besar dan mesti dirapatkan. Sekarang ini yang perlu dibetulkan ialah kekayaan negara Malaysia tidak diagihkan secara adil.

"40 orang paling kaya di Malaysia (iaitu bilioner-bilioner) memiliki kekayaan sebanyak 22.4 peratus Keluaran Negara Kasar (KDNK).

"Pembentangan satu wawasan dalam bentuk WKB2030 yang merupakan usaha bertanggungjawab dalam pembangunan ekonomi negara oleh kerajaan PH adalah satu ubat dan penawar yang mujarab lagi berkesan dalam menghadapi racun toksik politik perkauman dan politik keagamaan yang sempit lagi ekstrimis," jelasnya.

Hassan berkata cabaran utama dalam menjayakan WKB2030 adalah dengan membetulkan struktur ekonomi Malaysia yang kini dikuasai oleh kuasa asing.

"Lebih 40 peratus ekuiti kekayaan Malaysia dikuasai oleh pelaburan asing yang membawa untung, dividen dan laba ke luar dari Malaysia.

"Kemakmuran Malaysia tidak dapat dikongsi bersama sesama rakyat Malaysia sekiranya penguasaan orang asing terhadap kekayaan Malaysia begitu tinggi sekarang ini," katanya lagi.


Tiada ulasan: