UMNO anggap PH gagal urus kepentingan Melayu sejak memerintah

BANGI– Penganjuran Kongres Maruah Melayu (KMM) dilihat sebagai satu
bukti yang mengesahkan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mengurus kepentingan
Melayu sejak memerintah negara.
Sepatutnya,
tajuk kongres ialah ‘Kongres Kejayaan Melayu di bawah Kerajaan PH’, tetapi
Kerajaan PH sendiri gagal menjaga kepentingan Melayu, demikian kata Ketua
Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
“Bayangkan,
mereka terpaksa mendesak kerajaan mereka sendiri. Sepatutnya bila sudah ada
kuasa lakukan usaha memartabatkan kedudukan Melayu.
“Tidak
perlu kongres untuk tujuan itu kerana rakyat sudah memberi mandat,” katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Kongres
Maruah Melayu difahamkan mahu diadakan dalam usaha mencari penyelesaian bagi
memperbaiki kedudukan dan maruah Melayu.
Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengesahkan kehadirannya ke
kongres berkenaan sebagai pemimpin Melayu, dan bukannya sebagai perdana menteri
serta akan memberikan amanatnya.
Mengulas
lanjut, Shamsul berkata, sangat jelas bahawa walaupun kuasa pemerintahan berada
di tangan pemimpin Melayu, namun kerajaan PH telah pun gagal.
Situasi
ini, katanya, mungkin disebabkan oleh parti tamak haloba, DAP yang lebih
berkuasa daripada parti dan pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH.
“Ini
semua antara punca menyebabkan pelbagai kerosakan dan kerugian Melayu berlaku
di bawah Kerajaan PH,” katanya.
Kecewa
dengan nasib Melayu, beliau menggesa PH yang memegang tampuk pemerintahan
ketika ini supaya melakukan yang lebih baik dan berhenti menyalahkan kerajaan
sebelumnya.
“Gunalah
kuasa yang ada. Naratif menyalahkan Kerajaan BN tidak lupa mereka lakukan. Ini bukan
masanya menyalahkan kerajaan lalu. Rakyat mahu kerajaan PH bukti, PH lebih baik
daripada dahulu,” katanya.
Bagi
menyatakan keseriusan dalam membela nasib Melayu, beliau menegaskan bahawa UMNO
akan hadir dan menghantar wakil ke KMM.
“Kehadiran
kita bukan bermaksud UMNO menyokong parti politik dalam kerajaan PH dan
pendirian ini sangat jelas. Hadir, demi Melayu dan menghormati mereka yang
menghantar jemputan, walaupun semasa Himpunan Penyatuan Ummah #hpu914, UMNO
juga menjemput mereka, tetapi mereka diam seribu bahasa dan tidak menyambut
jemputan yang diberikan.
“Hakikatnya,
paling utama orang Melayu mahu pembelaan. Kepada Kerajaan PH, ini bukan masa
berkongres lagi. Kedudukan Islam, ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sebagainya
mesti dibela secara bersungguh.
“Kini
masa bertindak, sekadar kongres dan kemudian habis begitu sahaja, ia tiada
makna bagi orang Melayu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan