HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Oktober 2019

K’jaan mulakan kajian semula garis kemiskinan

MALAYSIAKINI

   

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan telah memulakan kajian semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sejak Mac lepas bagi memberi gambaran sebenar isu kemiskinan di negara ini.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini bahawa ia dilaksana dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kesihatan serta jabatan dan agensi berkaitan.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa kadar kemiskinan rasmi di Malaysia sebelum ini dikira berdasarkan cerapan data Tinjauan Pendapatan Isi Rumah yang dilakukan mengikut piawaian amalan antarabangsa yang diselenggara Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.- Bernama


Tiada ulasan: