Reaksi
sedih seorang kakitangan Utusan Malaysia berikutan notis arahan
penutupan Bangunan Utusan Malaysia di Pejabat Utusan Malaysia, Kuala
Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
KUALA
LUMPUR – “Luluh hati saya apabila menerima memo pekeliling syarikat.
Tak sangka begini cara pengakhiran tempat saya mencari rezeki.”
Demikian luahan Nor Asikin Hassan, 48, yang tidak dapat
menyembunyikan kesedihan apabila majikannya, Utusan Melayu (M) Berhad
(UMMB) akhirnya menutup operasinya selepas berdepan dengan pelbagai
masalah kewangan.
Mulai
hari ini, syarikat media itu berusia 80 tahun itu akan menghentikan
operasinya dan tarikh akhir perkhidmatan kakitangannya bermula esok.
Nor Asikin berkata, selama ini dia tidak putus berputus berdoa
walaupun gaji bulanan lewat sejak akhir tahun lalu dan pernah tertunggak
selama tiga bulan pada tahun ini.
Jelas, sebelum ini dia sentiasa menaruh harapan tinggi dan percaya ada sinar yang kembali bercahaya.
“Namun memorandum pekeliling itu merobek hati saya. Luluh saya dibuatnya.
“Dari semalam, sebaik mendapat spekulasi penutupan operasi syarikat,
saya tidak boleh tidur hingga ke pagi memikir hal tersebut,” katanya
yang berkhidmat selama 24 tahun di Utusan Melayu.
Nor Asikin yang juga Pengarang Meja Hiburan berharap keputusan pada
30 Oktober ini akan berpihak kepada dirinya dan rakan-rakan untuk
berkhidmat di institusi keramat Melayu itu.
Sementara itu, tinjauan mendapati, ramai kakitangan syarikat
berkenaan diselebungi kesedihan dan masing-masing berpelukan sama
sendiri. Seorang
kakitanagn Utusan Malaysia membawa keluar barangan dari pejabat
berikutan notis arahan penutupan Bangunan Utusan Malaysia di Pejabat
Utusan Malaysia, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Kelihatan juga antara mereka membawa barangan masing-masing ke kereta dengan wajah kepiluan. Seorang
kakitanagn Utusan Malaysia membawa keluar barangan dari pejabat
berikutan notis arahan penutupan Bangunan Utusan Malaysia di Pejabat
Utusan Malaysia, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Dalam pada itu, Presiden NUJ Utusan Melayu, Mohd. Taufek Razak
berkata, kakitangan Utusan Melayu kini berada dalam keliru selepas
syarikat akhbar Melayu itu akan menghentikan operasinya hari ini.
Beliau menjelaskan, surat pekeliling syarikat yang diterima seramai
862 kakitangan menjelaskan merekan akan berkhidmat sehingga 30 Oktober
ini dan masih dibayar gaji. Presiden
NUJ Cawangan Utusan, Mohd Taufeq Razak bercakap kepada media berkenaan
penutupan Utusan Melayu Berhad selepas hari terakhir beroperasi di
Bangunan Utusan Malaysia, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Menurut beliau, situasi itu menjadi persoalan buat kakitangan
mengenai nasib mereka samada akan terus berkhidmat atau diberhentikan
kepada selepas hujung bulan ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas NUJ Utusan Melayu
selepas syarikat itu mengeluarkan memorandum pekeliling mengenai
penutupan operasi pada pagi ini. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan