HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Januari 2022

Kemungkinan PRN Johor, Umno bakal adakan pertemuan

MALAYSIA POST

Kemungkinan PRN Johor, Umno bakal adakan pertemuan

PUCUK pimpinan Umno akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat ini bagi membincangkan kemungkinan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata perkara yang perlu difikirkan ketika ini adalah waktu pilihan raya itu patut diadakan.

“Perbincangan lanjut itu belum (ditentukan tarikh) lagi tapi saya rasa dalam sehari dua ini. Bila nak buat pilihan raya ini, paling penting adalah masa. Saya tiada info berkenaan dengan masa itu, mereka di Johor yang ada,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin kemungkinan PRN Johor tidak dapat dielakkan.

Disoal sama ada Umno dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo jika PRN Johor diadakan, beliau berkata, keputusan itu sudah ada dalam fikiran.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut dan memberitahu akan maklumkan kemudian apabila sampai masanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: