HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Januari 2022

Salahuddin harap usul isu Azam Baki dibahas esok

MALAYSIA POST

Salahuddin harap usul isu Azam Baki dibahas esok

TIMBALAN Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berharap usul tergempar dicadangkannya berkaitan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang didakwa memiliki saham dengan jumlah yang melampau, dapat dibahaskan dalam Sidang Khas Dewan Rakyat, esok.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai, turut menghantar surat mengenai cadangannya itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun, semalam.

“Demi negara dan rakyat saya harap usul tergempar ini akan diterima untuk dibahas dalam sidang Parlimen esok,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau turut berkongsi kandungan surat mengenai cadangan usul tergempar berkenaan

Berdasarkan surat berkenaan, beliau memaklumkan antara isu yang menjadi perhatian adalah perkara itu perlu disegerakan untuk menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR) melakukan siasatan lebih lanjut.

“Ini adalah perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai untuk mengembalikan keyakinan terhadap SPRM bagi mengekang aktiviti radish atau segala aktiviti menjerumus kepada pecah amanah yang mana kerajaan bertanggungan menjawab perkara ini.

“Perkara ini adalah perkara tertentu berkaitan dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM memiliki saham dengan jumlah yang melampau,” katanya.

Salahuddin percaya isu berkenaan adalah kepentimgan orang ramai yang berkehendak disegerakan selari dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 18(1)(2) yang perlu dibahaskan di Dewan Rakyat, esok. – Malaysiapost

Tiada ulasan: