Tabung Haji jual 6,000 hektar ladang sawit, SIME Darby jual 220,000
hektar ladang sawit di Liberia, dan FGV juga dikatakan akan dijual
kepada pihak ketiga.
Terbaru Petronas jual beberapa saham dalam Petronas Dagangan, Petronas Gas, dan MISC Bhd.
Petronas
boleh beri RM50 billion ke RM80 billion dividen kepada krjaan PH dan
mcm2 cukai. Kalau Syarikat boleh beri RM50 billion setiap tahun kenapa
jual untuk dapat hanya RM6 billion?
Ini strategi DAP dan Melayu
tamak haloba dalam PH yang bersekongkol untuk kurangkan keupayaan
kewangan kerajaan untuk bantu rakyat miskin dan kurang upaya.
Makin
lama dibiarkan DAP terus berkuasa akan menyebabkan Syarikat yang
membabitkan orang Melayu Islam akan musnah begitu sahaja sedangkan mahu
membina semua tu mengambil masa bertahun…
Orang Melayu perlu
bersatu hati dan menolak sepenuhnya kerejaan Regim DAP yang hanya
menggunakan bangkai2 Melayu dalam PH untuk meneruskan Agenda Jahat
mereka
KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 turun lapan sen seliter
kepada RM2.41 seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel
masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 1 Februari
hingga 7 Februari 2020.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan
pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan
diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.11 seliter
dan RM2.18 seliter masing-masing.
Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit
produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.19 seliter dan diesel
yang berada pada paras RM2.26 seliter.
Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada
paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan
kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan
menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.
Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran
subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 1 Februari
hingga & Februari adalah sebanyak RM10.43 juta.- MalaysiaGazette
Timbalan
Ketua MCA Sabah, Dr. Pamela Yong bercakap pada Diskusi Pasca PRK
Kimanis : Fakta dan Pengajaran di Tanjung Lounge, Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Institut Kajian Strategik
dan Penyelidikan Dasar (INSAP), Dr Pamela Yong menyifatkan kekalahan
Warisan ada kena-mengena dengan beberapa orang kanan Ketua Menteri Sabah
yang ‘menghilangkan diri’ ketika minggu kedua berkempen.
“UPKO ada di situ, (tapi) orang kanan Ketua Menteri Sabah, iaitu
Darell Leiking menghilangkan diri, selaku anak ahli Parlimen Penampang,
adik-beradiknya yang menjadi pejuang kebebasan untuk rakyat Sabah.
“Di mana perginya pemimpin tempatan daripada PKR dan DAP? Malah
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, di mana dia?”
soalnya lagi.
Katanya lagi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi
satu-satunya pemimpin nasional yang mendapat sambutan hangat apabila
turun berkempen dalam PRK Kimanis.
“Anwar satu-satu pemimpin nasional yang mendapat sambutan hangat
ketika turun berkempen tapi Mohamad Sabu, Tian Chua dan Datuk Seri
Mukhriz Mahathir tidak mendapat sambutan langsung,” katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman
Dahlan menyifatkan perbicaraan mahkamah yang sedang dihadapi Datuk Seri
Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbukti tidak menganggu
peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan Parlimen Kimanis.
Sebaliknya kehadiran dua nama besar itu khususnya Najib menjadi
saluran kepada para pengundi untuk meluahkan kekecewaan mereka dengan
kerajaan dengan mengundi pembangkang, katanya.
“Datuk Seri Najib dengan fenomena bossku menjadi saluran kepada
mereka (pengundi) untuk meluahkan kekecewaan mereka terhadap kegagalan
kerajaan hari ini (Warisan-Pakatan Harapan),” katanya dalam Diskusi
Pasca PRK Kimanis di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.-
MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Kenyataan pimpinan Pas Pusat yang mendesak
supaya parti DAP keluar daripada kerajaan Persekutuan mendapat sokongan
Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan (BPPN9).
Ketua Penerangannya, Rafiei Mustapha berkata, DAP perlu keluar
daripada Pakatan Harapan (PH) kerana parti itu nampak sudah tidak
sehaluan dengan PH, malah banyak membantah pendirian Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPN9) menyokong penuh
desakan Pas Pusat agar DAP tidak hanya tahu mengugut untuk keluar
Pakatan Harapan jika Sijil UEC tidak diiktiraf.
“Kami juga berpendirian, Kerajaan Persekutuan tidak perlu mengiktiraf
Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang jelas bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan, dan Dasar Pendidikan Negara,” katanya menerusi
kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sikap DAP itu antara contoh bagaimana parti yang
dilabel rakyat sebagai parti cauvinis itu mula menunjukkan sikap
pengkhianat besar kepada negara.
Ujarnya, Pendirian DAP selama ini jelas untuk mendesak kerajaan
mengiktiraf UEC dan ia adalah pengkhianatan besar kepada Dasar
Pendidikan Kebangsaan serta bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 dan
melebarkan jurang perkauman di Malaysia.
“Kami sekali lagi mencabar DAP tidak hanya mengugut dan nanti
kemudiannya U-Turn dengan kenyataannya, maka jika kerajaan tidak
mengiktiraf UEC sila keluar dari PH Dan buktikan ia bukan omongan kosong
semata,” ujarnya.
Semalam, Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad mendesak DAP
keluar daripada kerajaan Persekutuan berikutan ugutan pemimpinnya
berhubung cadangan pengiktirafan UEC.
Tegasnya, cadangan DAP untuk mengiktiraf UEC adalah ternyata
bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan jelas ditolak oleh rakyat
Malaysia yang cintakan perpaduan.
Malah, Sistem pendidikan sedia ada diperkenalkan untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan menyanjungi bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi tonggak keharmonian negara.
Manakala, UEC ditadbir oleh Dong Jiao Zong yang angkuh dengan sikap
ekstrem sehingga tidak boleh bertolak ansur dengan modul tulisan Jawi
yang hanya tiga muka surat – MalaysiaGazette
GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan individu yang dipercayai
meletakkan tiga buah kotak misteri di hadapan pintu masuk Konsulat China
di Pulau Pinang di Jalan Abdul Rahman, di sini hari ini.
Tiga kotak itu ditinggalkan oleh individu dalam keadaan mencurigakan
sehingga mencetuskan suasana panik dan bimbang kerana tiada nama
penerima serta penghantar pada kotak tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong ketika dihubungi Bernama
mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan
individu yang meninggalkan kotak tersebut untuk siasatan lanjut.
Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati pasukan Unit
Pemusnah Bom (UPB) turut berada di lokasi sebelum anggotanya menjalankan
pemeriksaan dan meletupkan tiga buah kotak tersebut serta mendapati
terdapat topeng hidung dan mulut di dalamnya.
Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada 3.20 petang sebelum anggota dan pegawai dari
Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru serta Bagan Jermal bergegas ke
lokasi kejadian.
“Sampai di lokasi kejadian kita dapati benar terdapat tiga buah kotak
yang dihantar dan diletakkan di hadapan Konsulat China dan Pasukan Unit
Bahan Berbahaya (HAZMAT) turut ke lokasi bagi membuat pemeriksaan,”
katanya. – Bernama
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berucap pada Majlis Perbarisan
Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan di
Kompleks Bunga Raya KLIA, Selangor. foto HAZROL ZAINAL
SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui lokasi
persembunyian bekas suami Indira Gandhi, iaitu K. Padmanathan atau nama
Islamnya, Muhammad Riduan Abdullah yang melarikan diri bersama anak
perempuannya.
Suspek didakwa melarikan diri daripada isterinya setelah menukar agamanya 11 tahun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menasihati
individu itu supaya tidak lagi bersembunyi dan tampil untuk
menyelesaikan soal penjagaan anak perempuannya demi kebaikan kedua-dua
pihak.
“Apa yang penting, saya sebagai Ketua Polis Negara sendiri mengambil
berat tentang kes ini dan mengambil pendekatan menjalankan usaha supaya
kedua-dua pihak dapat diketemukan dan masalah yang tertangguh selama ini
dirungkai demi masa depan anak itu dan kebajikan anak terpelihara.
“Pentingnya, dalam soal ini kedua-dua pihak ibu dan bapa ada hak
sebagai bekas suami dan bekas isteri di sisi undang-undang tetapi jangan
sebab kita berebut, kebajikan anak pula terabai.
“Kita sekarang tak tahu dia (Muhammad Riduan) di mana? Masyarakat
juga tak tahu dia di mana tapi saya tahu dia di mana..Itu sebab usaha
dijalankan untuk berunding. Sila tampil ke hadapan kita selesaikan, tak
payah menyorok lagi,” katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Terdahulu Abdul Hamid menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan
Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan)
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) siri 26/2019 di Pekarangan
Kompleks Bunga Raya KLIA.
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia
Airports, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dan Ketua Penolong Pengarah
Koordinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Soaihami Rahim.
Tambah Abdul Hamid, rundingan itu dapat membantu kedua-dua pihak
menjamin pendidikan anak itu selain prihatin dengan perasaan Indira
sebagai seorang ibu yang tidak dapat berjumpa anaknya sendiri.
“Maka itu sebabnya saya mengambil pendekatan secara diam diam saya
buat kerja dalam isu ini. Insyallah.. saya tak boleh kata sebulan ke
atau dua bulan tapi saya berusaha ke arah itu dan saya nampak usahanya
semakin hari semakin..Jadi sabar sikit lagi.
“Tapi hak dia (Indira) nak menyaman saya ke? Kerajaan ke? Itu
terpulang pada dia dan saya tak nak komen pasal itu kerana yang penting
bagi pihak PDRM dan saya sendiri ialah kami bersedia dan bekerja
menjalankan tanggungjawab dengan usaha fokus ke arah itu,” tegasnya
lagi.-MalaysiaGazette
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berucap pada Soft
Launch Residensi MAIWP di Sekolah Rendah Agama Saidina Ali (K.W), Kuala
Lumpur. foto AFFAN FAUZI
KUALA LUMPUR – Sebagai orang politik, Datuk Seri Dr. Mujahid
Yusof tidak akan menyahut cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
berdebat mengenai isu Tabung Haji (TH).
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersedia menyusun
pertemuan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berdialog dengan golongan
profesional yang diberi tanggungjawab menguruskan TH Plantation.
“Dia (Asyraf) kata Astro Awani bersedia untuk jadi orang
tengah, maka dia cabar saya. Kita pun semaklah dengan Astro betul ke
(apa yang dikatakan Asyraf), rupanya tidak.
“Astro Awani hanya diberitahu dia nak berdebat dengan saya. Astro tidak bagi komitmen nak usahakan debat itu.
“Kalau dia nak berdialog, dengan jujurlah syaratnya, kita tak ada
masalah untuk menyusun pertemuan dengan golongan profesional yang
menjalankan amanah ini untuk diberikan penerangan supaya benda itu tidak
jadi politik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Soft Launch
Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Sekolah
Agama Saidin Ali, Taman Pelangi Jaya hari ini.
Baru-baru ini, Asyraf pada sidang medianya mencabar Mujahid berdebat
dengan mengenai Tabung Haji yang dikatakan menghadapi defisit dan
berlaku penyelewengan ketika zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga turut mendesak Mujahid menubuhkan Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) sekiranya betul berlaku penyalahgunaan kuasa ketika beliau
memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum
ini.
Namun, Mujahid menjawab, jika perkara yang hendak didebat itu
melibatkan entiti perniagaan, beliau merasakan lebih baik pihak yang
menguruskan perniagaan itu menjawabnya, bukan orang politik.
Katanya, mengenai TH Plantation, beliau sudah menjawabnya dan menyerahkan kepada golongan profesional untuk menguruskannya.
“(Dr) Asyraf ini orang politik, saya pun orang politik. TH (adalah)
entiti perniagaan. Saya orang politik sebab saya menteri, saya arahkan
THP ini biar orang yang profesional yang jalankan, saya tak akan campur
tangan.
“Kalau dia nak berdialog, bukan dengan saya, dia kena dialog dengan
golongan profesional yang kendalikan THP ini sebab. Asyraf pembangkang,
dia tak tau cerita, kenapa perlu dengan saya? Saya (orang) politik.
“Apavila berlaku dialog politik, akan berlaku cerita lain dan akan
menimbulkan lagi kebimbangan pendeposit, dia tidak fikir semua itu,”
katanya.
Beliau menjelaskan, TH sehingga kini mempunyai 9.4 juta pendeposit dengan kira-kira RM70 bilion lebih nilai tabungan.
Katanya, sebagai menteri, beliau hanya jaga kepentingan itu sahaja,
tetapi entiti berkaitan perniagaan diberikan kepada golongan yang pakar
mengurusnya. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR- Beberapa kali Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini
Mazlan menyoal pasukan pendakwa berhubung bantahan serta kebimbangan
mereka dengan permohonan memeriksa secara fizikal barangan yang telah
disita dengan dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
memohon perintah mahkamah untuk memeriksa sendiri barangan sitaan yang
antaranya jam tangan, beg tangan serta wang tunai termasuk matawang
asing di rampas di kediaman keluarganya.
Selain Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak
perempuannya Nooryana Najwa turut memfailkan permohonan pemeriksaan
fizikal pada 19 Julai tahun lalu berhubung sitaan barang-barang
tersebut.
Masing-masing memohon untuk memeriksa barangan dirampas bagi membantu
pasukan peguam menyediakan pembelaan terhadap saman pelucuthakan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohamed Zaini kemudian
menetapkan 3 Februari bagi memutuskan sama ada beliau akan membenarkan
permohonan Najib, Rosmah serta Nooryana atau sebaliknya.
Sebelum ini, notis dikeluarkan bagi membolehkan pihak berkepentingan
hadir ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan dan memberikan alasan
mengapa harta terbabit tidak sepatutnya dilucut hak kepada kerajaan.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia
terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV).
Pengisytiharan itu dibuat dalam sidang media mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan yang berlangsung di Geneva, hari ini.
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata perkara yang
amat membimbangkan adalah potensi virus itu merebak ke negara yang
mempunyai sistem kesihatan yang lemah dan tidak bersedia menghadapinya.
“Sebab utama pengisytiharan ini bukan kerana situasi di China, tetapi kerana negara lain.
“Terdapat 98 kes di 18 negara di luar China, termasuk lapan kes
jangkitan manusia ke manusia di empat negara iaitu Jerman, Jepun,
Vietnam dan Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam video yang dikongsi
menerusi Twitter rasmi WHO.
Berdasarkan data terkini, ketika ini terdapat 7,834 kes 2019-nCoV
yang disahkan termasuk 7,736 jangkitan di China dengan 170 orang
meninggal dunia di republik itu.
“Setakat ini tiada kematian dilaporkan di luar China dan kita semua
perlu bersyukur. Walaupun jumlah itu masih kecil berbanding jumlah kes
di China, kita semua perlu bekerjasama untuk mengehadkan penularan
penyakit itu,” katanya.
Novel koronavirus mula dikesan pada Disember di Wuhan, China yang
menyebabkan radang paru-paru dan gejala lain seperti demam, batuk dan
kesukaran bernafas. Setakat semalam, Malaysia mempunyai lapan kes
jangkitan yang disahkan.—Bernama
SEREMBAN: Tiada keputusan setakat ini dibuat
bagi menyekat penerbangan dari China ke Malaysia di sebalik langkah
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar darurat kesihatan global
pada Khamis berhubung jangkitan 2018 novel koronavirus.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata sebarang
keputusan mengenai perkara itu perlu dibuat secara bersama oleh Kabinet
termasuk mengambil kira arahan daripada pihak Kementerian Kesihatan
(KKM).
“Setakat ini kita belum sekat mana-mana penerbangan dari China. Apa
dilaksanakan di Sabah ialah warganegara China yang terbang dari China
tidak dibenarkan masuk ke Sabah, itu keputusan kabinet Sabah.
“Tetapi bagi kerajaan Persekutuan, (sekatan penerbangan di)
pintu-pintu masuk lain perlu dibuat bersama oleh Kabinet dan setakat ini
belum ada keputusan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas
melawat pameran jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini
hari ini.
Ditanya sama ada langkah untuk menyekat penerbangan dari China akan
dipertimbang kerajaan, Loke berkata pelbagai implikasi harus dilihat
terlebih dahulu.
“Implikasi banyak, kita tidak boleh dengan mudah sekat penerbangan
dari China sebab kita ada juga warganegara Malaysia di China dan warga
China juga ada ramai di Malaysia. Kalau sekat (penerbangan) mereka akan
terkandas di sini.
“Setakat ini pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah
mengambil langkah berjaga-jaga bagi memeriksa tahap kesihatan penumpang
dari China. Tetapi kita juga akan pantau secara dekat untuk lihat
perkembangan setiap hari,” kata Loke.
WHO mengisytiharkan darurat kesihatan global berikutan kebimbangan
dunia terhadap jangkitan virus itu, selepas mesyuarat jawatankuasa
kecemasan badan itu yang berlangsung di Geneva.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew semalam pula
mengumumkan kerajaan negeri mengambil keputusan menggantung sementara
semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat
kuasa serta-merta bagi menjaga kesihatan dan kebajikan rakyat di negeri
itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd
(MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata 13 pekerja ECRL yang
merupakan warga China dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan pulang
ke Malaysia buat sementara waktu.
Katanya, cuti khas diberikan kepada pekerja warga China itu selepas
mereka pulang ke Wuhan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina
baru-baru ini.
“Ini sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan koronavirus yang
berlaku di Wuhan, China… Kita minta mereka tangguhkan perjalanan dahulu,
dan kita berikan mereka cuti khas sehingga keadaan ini (kes
koronavirus) reda.
“Bagaimanapun kerja-kerja tidak terjejas, ia berjalan seperti biasa
kerana kebanyakan kerja awal sudah pun dilakukan oleh pekerja tempatan
sedia ada,” katanya.—Bernama