HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Ogos 2017

Satu-satunya kerusi bandar milik UMNO, Johor Bharu boleh ditawan HARAPAN


Roketkini.com 

GELANG PATAH: Analisa pola pengundian PRU tahun 2004, 2008 dan 2013 menunjukkan, majoriti selesa UMNO di tiga kerusi Parlimen iaitu Tebrau, Pasir Gudang dan Johor Bahru semakin menyusut.

“Jika trend sebegini terus berlaku, kita tidak boleh menolak kemungkinan UMNO-BN akan kehilangan sekurang-kurangnya dua atau ketiga-tiga kerusi parlimen di Johor Bahru,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, dalam sidang media di Taman Mutiara Rini semalam.

“Ini bermaknya UMNO-BN boleh kehilangan parlimen Johor Bahru yang merupakan satu-satunya kerusi tunggal mereka dalam PRU14 akan datang sama ada tahun ini atau tahun hadapan.”

Jika UMNO tewas di kawasan tersebut, kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sebelum ini kononnya kemenangan parti itu di beberapa kawasan bandar di Johor sebagai bukti penerimaan orang bandar kepada UMNO adalah meleset sama sekali ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Pada PRU 2004, BN memperoleh majoriti 26,011 undi di Parlimen Tebrau dan angka itu menurun kepada 14,851 undi dalam PRU 2008 manakala kedudukan BN dilihat semakin goyah pada 2013 apabila hanya berjaya mempertahankan 1,767 undi.

Bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang, BN mendapat 31,121 majoriti dalam PRU 2004. Pada 2008, majoriti yang diperolehi BN menurun kepada 17,281 undi manakala pada PRU13, BN hanya berjaya bertahan dengan mejoriti 935 undi.

Di Parlimen Johor Bahru, majoriti 46,791 undi yang diperoleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad mewakili BN  dalam PRU 2004 berkurang mendadak pada PRU 2008 dengan hanya mendapat 25,349 undi. Jumlah itu semakin merosot dalam PRU 2013 apabila BN hanya memperoleh 10,495 undi

“DAP berminat untuk bertanding di salah satu kerusi di kawasan ini – meskipun ianya kerusi paling sukar dimenangi di Johor Bahru.

“Keputusan sama ada DAP akan bertanding di salah satu kerusi daripada tiga kerusi tersebut, bagaimana pun akan diputuskan oleh kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN)” jelasnya.

Dalam PRU ke-13, Kit Siang meranapkan kubu BN Johor apabila berhijrah dari kerusi Ipoh Timur ke Gelang Patah dan menewaskan bekas menteri besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.  – Roketkini.com 


Apa Jasa Latheefa Koya Dibandingkan Dengan Rafizi?

Suara Kebenaran




Kita semua faham peguam Latheefa Koya ini sudah lama berjuang dalam PKR, malah demi membalas jasanya, beliau pernah dilantik sebagai ahli Majlis dan syarikat guamannya dipilih sebagai panel untuk kerajaan negeri Selangor.

Begitu pun dari segi penerimaan rakyat dan ahli PKR sendiri, Latheefa Koya tidaklah sepopular mana.  Pernah dicalonkan dalam pilihanraya umum tapi kalah, bertanding di peringkat cabang juga tidak pernah.

Jika nak dibandingkan dengan YB Rafizi Ramli, Latheefa Koya jauhlah bezanya.  Apapun nak kata, sekurang-kurangnya Rafizi berjaya memecah tradisi penguasaan MCA di Pandan dalam PRU13.
 Rafizi juga menang dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden PKR dan dilantik sebagai Setiausaha Agung sebelum melepaskan jawatan.

Rafizilah juga yang merancangkan Langkah Kajang sehingga Khalid Ibrahim berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Menunjukkan disitu Rafizi jauh lebih banyak jasanya dari Latheefa.   Latheefa mulut banyak tapi jasanya takdak.  Serangan Latheefa Koya terhadap Rafizi hanya membuatkan rakyat Selangor dan ahli PKR bertambah meluat kepada wanita berketurunankan Pakistan itu.

Lebih 1200 pelajar sekolah dikesan terlibat dadah

THE MALAYSIAN TIMES
 


SEREMBAN: Seramai 1,256 pelajar sekolah dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak enam bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Abdul Rahman Hamid.

Beliau berkata ini berdasarkan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka dalam pemeriksaan yang dijalankan AADK di sekolah-sekolah.

“Dari kalangan pelajar sekolah ini walaupun masih terkawal, tetapi dianggap serius kerana bilangan itu semakin meningkat dibandingkan dengan tahun lalu.

“Kami kesan pelajar-pelajar ini merupakan penagih baharu. Meskipun baru terlibat, kami tetap berikan kesedaran melalui program-program yang dijalankan supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada terus bergelumang dengan najis dadah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) antara AADK Negeri Sembilan dan Kolej Cosmopoint Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah AADK Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi.

Abdul Rahman berkata sekolah-sekolah yang didapati pelajar mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dikategorikan sebagai sekolah berisiko dan justeru itu, AADK mengambil tindakan berkolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi masalah itu

“Pihak kerajaan mengganggap serius perkara ini dan tindakan serius akan diambil dengan menggerakkan program-program yang sepatutnya dibuat dalam kalangan pelajar yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata pelajar yang positif dadah ini akan di tempatkan di bawah program ‘Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS)’ dan program Intelek Asuhan Rohani (Pintar).

Sementara itu, pada tahun ini didapati bilangan paling ramai pelajar terlibat penyalahgunaan dadah adalah di Kedah dan bagi tempoh enam bulan pertama ini juga, AADK mengesan 337 pelajar
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Majlis menandatangani NoU)antara AADK Negeri Sembilan dan Kolej Cosmopoint Seremban itu bertujuan memberi pemahaman dan pendedahan tentang kesan dadah kepada golongan belia di samping menerapkan semangat kesukarelaan dalam diri pelajar melalui penyertaan program-program komuniti yang dianjurkan AADKNS.— BERNAMA

Polis rampas 2,510 kotak rokok seludup bernilai RM12,000

THE MALAYSIAN TIMES
 


JELEBU: Polis merampas 2,510 kotak rokok dipercayai rokok seludup bernilai RM12,000 selepas memeriksa sebuah kereta di tepi Jalan Besar Pekan Pertang, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Kamarul Rizal Jenal berkata rampasan dilakukan selepas anggota polis terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga kira-kira 4.40 petang.

“Anggota polis telah menahan seorang lelaki Melayu berumur 36 tahun berdiri bersebelahan sebuah kereta dalam keadaan yang mencurigakan disyaki terlibat dengan aktiviti dadah berbahaya.

“Ketika pemeriksaan terhadap kereta berkenaan dijalankan, pihak polis menemukan beberapa bungkusan plastik berisi rokok di bahagian tempat duduk penumpang yang disyaki rokok seludup,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata suspek turut memiliki dadah jenis ‘Eramin 5’ seberat 0.14 gram dan hasil siasatan awal mendapati dadah berkenaan adalah untuk kegunaan suspek.

Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine serta amphetamine dan telah disabit di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana memberi dan menggunakan dadah kepada diri sendiri.

“Suspek juga disabit di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok seludup yang mana jika sabit kesalahan akan didenda 20 kali nilai rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Suspek telah ditahan reman sehingga semalam dan suspek mengakui barang kes (rokok seludup) di dalam kereta itu miliknya,” katanya.— BERNAMA

Kerugian cecah RM9 bilion buat gabenor BNM terkejut – bekas pembantu khas

THE MALAYSIAN TIMES
 
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini mengenai kerugian matawang asing Bank Negara Malaysia lebih dua dekat lalu menyaksikan seorang bekas pembantu khas gabenor bank pusat mengaku terdapat “kerugian sangat besar” telah terjadi.
 
Liew Siew Kuan, bekas pembantu khas kepada Tan Sri Jaafar Hussein yang bersara sebagai gabenor BNM pada 1994, berkata beliau diminta memeriksa akaun bank pusat itu.
 
“Saya tidak ingat tahun bila, tetapi Jaafar Hussein maklumkan pada saya supaya memeriksa akaun BNM.
 
“Selepas semakan dibuat, terdapat kerugian sangat besar dialami BNM melibatkan urusniaga forex dan selepas itu, Jaafar mengarahkan saya melakukan semakan semua akaun,” katanya ketika memberi keterangan prosiding RCI di Istana Kehakiman di sini hari ini.
 
Liew berkata, Jaafar terkejut setelah diberitahu BNM mengalami kerugian mencecah RM9 bilion.
Jaafar meninggal dunia pada 1998.
 
Liew yang juga merupakan saksi ke-11 siasatan RCI itu berkata, Jaafar meminta beliau untuk memaklumkan hal berkenaan kepada Tan Sri Ishak Tadin iaitu ketua Audit negara pada ketika itu supaya reputasi negara dapat diselamatkan.
 
“Saya jumpa Ishak dan beritahu beliau, untuk selamatkan reputasi Malaysia, selamatkan negara,” katanya, sambil menambah kerajaan ketika itu tidak mempercayai kerugian sebanyak itu boleh berlaku.
 
Manakala semalam, bekas auditor di Pejabat Ketua Audit Negara, P. Kanason Pothinker memberitahu wujud “pihak atasan” mengarahkannnya tidak campur tangan susulan kerugian yang dialami mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM).
 
katanya lagi, beliau dimaklumkan oleh seorang pegawai dari Pejabat Peguam yang urusniaga forex itu dibuat tidak mengikut proses serta tidak mengikut syarat Akta Bank Negara 1958.
 
Hari ini merupakan prosiding keempat RCI untuk menyiasat kes kerugian BNM melalui kegiatan perdagangan mata wang asing sekitar tahun 1990-an.
 
Kerugian itu berlaku semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan menteri kewangan.
 
Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail.
 
 

Kalah Bolasepak: Terima Kasih Haziq!! – Pemuda HARAPAN

 Suara Kebenaran




Pemuda Pakatan Harapan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjaga gol skuad Sukan SEA negara, Haziq Nadzli kerana ‘menjaringkan’ gol bagi pihak pasukan Thailand sehingga pasukannya sendiri kalah dalam perebutan pingat emas Sukan Sea malam tadi.

‘Jaringan’ Haziq yang juga penjaga gol JDT itu memberikan Thailand kemenangan 1-0 seterusnya menghalang impian Najib untuk melengkapkan kejayaan gilang gemilang dalam temasya sukan Sea 2017 setelah pasukan negara berjaya mencapai sasaran 111 emas yang ditetapkan.

Soal jaringan itu disengajakan atau tidak, itu soal lain kerana Najib difahamkan bercadang untuk menjadikan kejayaan pasukan bolasepak malam tadi (kalau menang) sebagai bukti kepimpinannya mendapat sokongan rakyat. Malah Najib akan isytihar hari ini sebagai cuti umum pun kalau semalam menang bola.

Memandangkan bola sudah kalah, maka semua itu terbantut.  Tahniahlah.

Bagi pemuda HARAPAN, tidak ada masalah kalau hari ini tidak diisytihar sebagai cuti pun, yang penting BN dan Najib tidak memperolehi kepuasan yang sebenarnya dari penganjuran Sukan Sea ini sekiranya pasukan bolasepak negara menang pingat emas malam tadi.

Kenyataan ini bagaimanapun tidak bermaksud pemuda HARAPAN tidak patriotik tapi bacalah kenyataan ini dari sudut politiknya, bukan sukan atau patriotiknya.

Penguatkuasa imigresen, 3 lelaki Nepal cedera dalam pergaduhan

MALAYSIAKINI


Seorang penguatkuasa Jabatan Imigresen dan tiga lelaki warga Nepal, cedera selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah rumah sewa di Jalan Rumbia, Bukit Jambul di George Town semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, penguat kuasa Imigresen berusia 23 tahun dan tiga lelaki Nepal berumur 20 hingga 35 tahun itu ditemui berlumuran darah dalam bangunan kedai yang dijadikan rumah sewa warga asing terbabit.

"Polis menerima laporan dari lelaki yang bekerja sebagai penguat kuasa Imigresen itu memaklumkan semasa di rumah kedai berkenaan dia terserempak dengan seorang warga asing yang mencurigakan dan kemudian telah buat semakan ke atas lelaki tersebut sebelum mengikut balik ke rumah di kawasan tersebut kerana (lelaki Nepal terbabit) mendakwa I-Kad ditinggalkan di rumah.

"Hasil semakan itu mendapati warga asing itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan apabila penguat kuasa Imigresen berkenaan ingin keluar dari kawasan rumah tersebut, tiba-tiba lelaki terbabit menumbuk beliau di bahagian pipi sebelum dua lagi rakannya datang serta memukul mangsa," katanya.

Beliau berkata penguat kuasa Imigresen itu terus melarikan diri sambil menjerit meminta tolong sebelum empat lelaki yang kebetulan berada di situ terdengar dan bertindak mengejar warga Nepal berkenaan sehingga ke kawasan rumah mereka.

Anuar berkata apabila penguat kuasa Imigresen itu pergi semula ke rumah warga Nepal berkenaan dia menemui tiga lelaki warga asing itu terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dipukul empat orang awam tersebut.

"Tiga lelaki Nepal itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan badan manakala penguat kuasa Imigresen berkenaan turut mendapatkan rawatan di hospital sama selepas lebam di bahagian muka dan pipi," katanya.

Katanya siasatan awal mendapati penguat kuasa Imigresen itu bertugas di Unit Kawalan Darat Bangunan Sultan Iskandar, Johor dan sedang bercuti di Pulau Pinang kerana merupakan orang Bayan Lepas.

Beliau berkata pihaknya telah pergi ke lokasi kejadian pergaduhan itu dan mendapati tiada kamera litar tertutup di kawasan itu sambil meminta orang ramai yang melihat insiden itu agar tampil bagi membantu siasatan.

"Polis akan menahan tiga lelaki Nepal yang bekerja di kilang di Bayan Lepas dan penguat kuasa Imigresen itu untuk siasatan lanjut," katanya.- Bernama


Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang

MALAYSIAKINI




Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bimbang lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat bulan depan akan membuktikan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu sebenarnya tidak memburu perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata surat terbuka Kit Siang kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian daripada dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia lebih 25 tahun lepas, yang memberi tamparan hebat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salleh mengulas surat terbuka Kit Siang kepada anggota Kabinet kelmarin yang menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadulakan pada 12 September ini.

“Surat terbuka Lim Kit Siang kepada semua anggota Kabinet itu mungkin tidak pelik jika ia dihantar seseorang yang baru melibatkan dalam politik, tetapi bukan dari seseorang yang sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam bidang politik,” kata Salleh dalam catatan di laman blognya
sskeruak.blogspot.com, semalam.

Beliau berkata surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Kit Siang dan merupakan perbuatan yang bersifat amatur.

“Kesimpulannya, Kit Siang cuba mengatakan bahawa perdana menteri tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB.

“Apakah tuduhannya? AS tidak pernah membuat sebarang tuduhan terhadap Najib. Dr Mahathir yang membuat semua tuduhan itu,” kata Salleh.

Beliau juga berkata kenyataan pemimpin pembangkang itu tidak logik dan tidak masuk akal langsung serta tidak wajar dibuat oleh seseorang yang sepatutnya ahli politik veteran.- Bernama

'Sampai bila penyokong kena hadap benda ni?'


SUKAN SEA | Bukan merajuk tetapi sekadar tindakan yang diharap dapat membuka mata peminat bola sepak, kata kumpulan Ultras Malaya hari ini.

Menjelang penentuan juara mutlak Sukan SEA (KL2017) malam ini kumpulan sorak yang setia dengan skuad kebangsaan itu nyata kecewa apabila isu tiket untuk orang awam gagal ditangani dengan baik.

Melalui hantaran kumpulan itu di Facebook mereka berkata kelemahan sistem pengagihan dan penjualan tiket memang selalu berlaku, terutama di peringkat separuh akhir dan akhir.
"Sampai bila kita selaku penyokong nak kena hadap benda ini?

"Yang Berhormat sana sini sibuk dengan tiket percuma setiap kali semi final dan final atau perlawanan besar; orang berjawatan, berpangkat dengan mudah mendapat akses kepada tiket dan sebagainya, sedangkan kita selaku penyokong diperlakukan sedemikian rupa, walhal kita adalah antara nadi kepada sukan ini.

"Sekarang sudah 2017 tetapi perkara ini masih berlaku, setiap kali dalam bolasepak Malaysia baik di liga Malaysia atau perlawanan antarabangsa," kata kumpulan itu.

Semalam ribuan orang kecewa kerana gagal mendapat tiket selepas berbaris berjam-jam.

Kekecewaan itu semakin memuncak selepas beberapa keping gambar tular menunjukkan berikat-ikat tiket disimpan di tempat berasingan dipercayai untuk diserahkan kepada orang kenamaan.

Perlawanan akhir bola sepak KL2017 akan mempertemukan Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam ini. Stadium itu mampu memuatkan kira-kira 80,300 penonton.

Kata Ultras Malaya pihak yang mempunyai kuasa untuk mengubah sistem itu harus sedar bahawa sesuatu mesti dilakukan.

"Jika tidak ianya akan mendatangkan kerugian terhadap pasukan itu sendiri," katanya.

Sokong sepenuh hati

Sebagai tanda solidariti dengan penyokong yang kecewa kumpulan itu juga mengumumkan untuk tidak membina "curva" di dalam stadium seperti yang selalu mereka lalukan.

Istilah itu merujuk kepada kesepakatan penyokong yang berkumpul beramai-ramai di kawasan hujung stadium. Kedudukan tempat duduk yang melengkung itu kemudian mencetuskan nama "curva". Lazimnya tempat duduk di situ dijual pada harga paling murah.

Namun kumpulan itu menyatakan langkah berkenaan bukanlah tanda mereka merajuk atau kebudak-budakan, sebaliknya menyatakan bantahan terhadap kelemahan yang ada.

"Kepada golongan intelektual yang mengatakan Ultras Malaya kebudak-budakkan dan sebagainya, kami harap anda sebagai orang dewasa, matang dan berintelektual, sokonglah Malaysia dengan sepenuh hati, dan gunakanlah kemahiran intelektual anda untuk memahami isu ini.

"Kepada yang tak faham, buat-buat tak faham, lantak koranglah," katanya.

Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN?

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menjadi pemain utama dalam rundingan dengan PAS.

Justeru itu kegagalannya hadir dalam mesyuarat Pakatan Harapan malam tadi terus menjadi perbualan.

Mesyuarat itu banyak membincangkan kerjasama tersebut, terutamanya selepas PKR mengumumkan menjalankan rundingan tidak langsung dengan sekutu lamanya itu.

Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Azmin yang juga pengarah pilihan raya HARAPAN ditunggu-tunggu untuk membentangkan cadangan kerjasama dengan PAS.

Malah, dakwa sumber-sumber lagi, mesyuarat malam tadi digambarkan bagi memenuhi jadual Azmin yang berada di luar negara pada 23 Ogos lalu.

“Tetapi dia masih tidak muncul,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kepada Malaysiakini.

Rafizi juga mengesahkan Azmin sepatutnya membentangkan cadangan keempat untuk kerjasama dengan PAS.

Bagaimanakah, seorang lagi naib presiden Tian Chua pula berkata “tidak ada perkara itu” ketika ditanya sama ada Azmin patut membentangkan cadangan kerjasama dengan PAS malam tadi.

“Macam mana mesyuarat dijadualkan untuk seorang individu? Ia supaya semua orang dapat hadir, bukan Azmin saja,” katanya.

Malaysiakini juga menghubungi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkaitan perkara itu tetapi beliau berkata tidak mempunyai maklumat.

Mesyuarat malam tadi berakhir dengan keputusan menolak kerjasama dengan PAS dan bersedia berdepan dalam persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

Minggu lepas Azmin bekata rundingan PKR dengan PAS tiada kena mengena dengan HARAPAN.

Sementara itu, biro politik PKR pula dijadual berlangsung petang ini yang dijangka hangat dengan isu itu.