Petrol diramal cecah RM 2.35 sen seliter.
KeADILan
AKIBAT pembaziran dan salah-urus wang Petronas oleh kerajaan BN, rakyat negara ini dibebankan dengan kenaikan demi kenaikan harga Petrol.
Pada Februari tahun ini kerajaan telah menaikkan harga minyak - yang tertinggi pernah dikenakan - atas sebab kenaikan harga minyak mentah global dan berjanji tidak kan menaikkan harga bahan bakar itu lagi tahun ini.
Namun sebaik tiba tahun depan yang tinggal lagi sebulan, kerajaan dijangka akan menaikkan harga Petrol sekali lagi. Sebuah badan pemikir, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan harga akan naik lebih daripada 20 peratus pada awal tahun depan.
Peratusan ini bersamaan dengan kenaikan sebanyak 38.4 sen bagi Petrol menjadikannya RM2.35 sen seliter berbanding harga sekarang RM1.92 sen seliter.
Menurut Pengarah MIER Mohamed Ariff Abdul Kareem, harga bahan bakar lain seperti Petrol, Diesel dan gas juga akan naik pada kadar yang sama. Mier juga meramalkan menaikkan kadar inflasi kepada 3.2 peratus pada tahun 2008.
Kenaikan ini akan terus membebankan rakyat Malaysia berpenda-patan rendah kerana harga barang-barang keperluan seperti yang sedia tinggi akan terus meningkat berikutan itu. Kerajaan juga sebelum ini telah mengumumkan kenaikan harga tol di beberapa lebuhraya utama.
Tahun ini Petronas mencatat keuntungan RM76.3 bilion, merupakan yang tertinggi dalam sejarah dan kerajaan memungut RM48.3 bilion dari hasil itu. Tetapi akaun Petronas diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan berbilion wang Petronas telah digunakan untuk projek pembaziran kerajaan yang diselubungi rasuah dan penyelewengan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan