Tiba Masanya Kita Dedahkan Rasuah Musa Hassan Kepada Rakyat!
Oleh Reformis Muda.
Tiba Masanya Kita Jatuhkan Musa Hassan dan Unit Cawangan Khas Umno bukit Aman.!
Jelaslah kepada kita sekarang, Musuh kita bukan hanya SPR dalam kita menuntut perubahan, tetapi ia melibatkan unit yang amat setia kepada Pemimpin yang Zalim iaitu unit Cawangan Khas Bukit Aman , satu entiti dalam PDRM yang sering dipergunakan oleh pemimpin Umno,
Mengapa saya fokuskan Unit Cawangan Khas dan tidak Polis keseluruhannya? Ia adalah kerana 2 peristiwa kejam dan tragis terhadap demokrasi Negara kita akhir akhir ini alatnya adalah Unit Cawangan Khas Bukit Aman. Pengalaman saya diperhimpunan bersih juga Polis biasa hanya sekadar menjadi pemerhati, yang beria ia menjaga dan menangkap ini terdiri dari unit cawangan Khas.
Kini unit ini kembali cergas sepenuhnya dibawah Musa Hassan setelah Datuk Ramli Yusuf berjaya disingkirkan dalam Konspirasi sulit Musa Hassan, manakala kordinator bagi Musa Hassan adalah timbalannya Ismail Omar. Unit cawangan Khas ketika ini bertindak ala Polis cawangan Shah Iran dipuncak kuasanya menentang kebangkitan penyokong revolusi Iran .
Sebelum ini saya pernah mendedahkan siapa Ismail Omar, Mengapa dia berani bertindak kejam dan saya juga pernah menceritakan bagaimana selepas ini Mahkamah akan digunakan Polis bermula dari dia dilantik sebagai Timbalan ketua Polis Negara. Ismail Omar yang pernah menjadi pendakwa dan berkelulusan Undang Undang dan dia amat licik menggunakan pengalamannya bagi menjadi barua yang setia kepada pemimpin yang Zalim.
Mengapa dia menggunakan Mahkamah? malah dipergunakan Mahkamah Majistret yang Majisteretnya juga boleh terdiri dari anggota Polis.dan Mahkamah Majistretlah yang paling mudah dipergunakan kerana Mahakamh ini adalah standard Mahkamah yang membicarakan soal Saman Trafik dan soal bergaduh soal hutang.dan apa susahnya kalau nak minta arahan jangan mengadakan perhimpunan.
Kerja Ismail Omar dan Musa Hassan kini tidak lagi diganggu kerana Datuk Ramli Yusuf berjaya disingkirkan. Apalagi harapan kita kepada PDRM? Masih adakah mereka didalam PDRM yang bersimpati dengan kita sebagai agen perubahan,dan masih ada lagikah orang seperti Datuk Ramli Yusuf yang berani menyiasat dan mendedahkan kebobrokan Ketua Polis dan teamnya yang bersengkongkol dengan penjenayah. Disinilah letakkanya peranan kita sekarang.
Ingat!! Kita kini berhadapan dengan unit cawangan Khas dan bukan Polis keseluruhannya. Apakah kita hanya menunggu nunggu tarikh satu satu perhimpunan? Lalu semua pemimpin kita ditangkap, apa usaha kita selain dari perhimpunan untuk kita menuntut perubahan, bukan salah untuk berhimpun tetapi mestilah ada usaha bersungguh sungguh melakukan perubahan. Iaitu usaha diluar daripada kita membuat perhimpunan.
Kali ini kita bukan lagi berhadapan dengan SPR malah Unit Cawangan Khas. Apakah tidakMusatahil Unit cawangan khas ini juga memainkan peranan memenangkan Umno pada pilihanraya akan datang? Kerana SPR tidak mampu bertindak bersendirian, jangan lupa Polis dan SPR pernah berkumpul di Pulau Pangkor bersama Abdullah Badawi bagi membincangkan soal Pilihanraya.
Kini Unit Cawangan Khas bukan l;agi bekerja untuk membanteras jenayah, mereka tidak mampupun untuk menangkap pembunuh Nurin dan penculik kepada Sharline, kerja utama mereka bukan menjaga kententraman rakyat kini mereka menumpukan usaha menjaga kedudukan pemimpin Umno. Kalau diikutkan prestasi Musa Hassan yang meningkatnya indeks Jenayah Negara kepada 13% manakala kes rogol lebih 100% dibawah pentadbirannya , Musa Hassan seharusnya dipecat! Tetapi Abdullah Badawi menyambung Kontrak Musa Hassan 2 tahun lagi.
Siapa yang sebenarnya harus kita jatuhkan? Siapa yang harus kita dedahkan rasuah dikalangan mereka, dan siapakah kini yang harus kita tumpukan agar mereka dilumpuhkan. Apakah dikalangan Polis kebanyakan tahu apa dokumen rasuah yang didedahkan Raja Petra melibatkan Musa Hassan? Kenapa kita membiarkan pendedahan berharga Rasuah Musa Hassan oleh raja Petra berserta dokumen affidavit dan salinan surat sulit yang telah didedahkan sebagai bahan arkib atau bahan sejarah ? kenapa tidak kita mula dedahkan salah laku Musa Hassan dikhalayak awam? Dan kenapa kita tidak hantar salinan dan terjemahan pendedahan Raja Petra ke balai balai Polis seluruh Negara agar mereka tahu dengan siapa mereka bekerja, dan siapakah Musa Hassan. Disinilah bermulanya tugas kita sebagai agen perubahan. Dan inilah waktunya yang paling sesuai
Ketika ini soal keselamatan awam dan kes Sharline menjadi tumpuan awam, kes ini gagal diselesaikan oleh Polis. sudah tiba masaya Rakyat marhaen semua tahu apakah punca kejadian jenayah berleluasa dan jenayah gagal ditangani, Sebabnya Ketua Polis kita menjadi alat penjenayah yang dikenali sebagai Goh Chen Poh@ tengku.
Kini tiba masanya kita bukan sahaja menarik sokongan rakyat menyokong kita tetapi menarik sebahagian anggota polis dan tentera menyokong kebangkitan rakyat. Pas dan Keadilan perlu berani mengambil langkah memulakan kempen pendedahan Rasuah ketua Polis Negara..
Dari membiarkan pemimpin kita ditangkap kerana berhimpun, lagi elok kalau mereka ditangkap kerana mendedahkan Rasuah Ketua Polis Negara. Ingat pendedahan Raja Petra berserta bukti Afidavit dan Dokumen sulit. Ia bukan cerita kosong kedai kopi, malah ia disahkan lagi dengan pengakuan Datuk Ramli Yusuf. Malah secara terbuka bekas ketua polis Negara Tun Hanif Omar mengatakan 40% anggota polis Rasuah dan terbahagi ke[ada dua, apakah kita tidak boleh menarik sebahagiannya kepada kem pembangkang? ia tidak musatahil..
Anwar telah berjaya menjatuhkan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairus , Ezam berjaya menjatuhkan Ketua Pengarah BPR dengan pendedahan Mereka, pendedahan mereka dibantu Media sedikit sebanyak. apakah Mustahil kita mampu menjatuhkan Musa Hassan dan Unit Cawangan Khas Umno ini? Kerana mereka inilah menjadi dinding kebal Umno dalam usaha kita menuntut perubahan, lebih elok kempen kita kali ini cuba kita resapi ke dalam kem kem tentera. Tidak ada cara lain lagi kita mampu melawan mereka.
Kita kesuntukan masa, inilah masa yang paling sesuai. Rakyat dahagakan satu perubahan!! Ingat Polis dan tentera yang baik juga dahagakan perubahan!! Ayuh kita pecahkan tembok kezaliman. Kalau mereka Polis (unit Cawangan Khas) beria ia mahu menjadi alat kepada Umno menangkap pemimpin pembangkang, ayuh Pembangkang kita Isytiharkan Perang kita kepada mereka. Kita dedahkan Rasuah Musa Hassan. Biar rakyat tahu siapakah sebenarnya ketua polis Malaysia .
Apakah Tindakan Kita Mulai Sekarang?
Kumpulkan dari artikel Pendedahan Raja Petra dalam siri Corridor Of Power berkenaan Rasuah Musa Hassan, Terjemah dan membuat cetakan.
2. Sebarkan dengan Surat arahan Kepada Cawangan cawangan Pas dan Keadilan Seluruh Negara agar mereka menyebarkanya seluruh Rakyat.Manakala Pos dan hantarkan kepada seluruh Balai Polis dan Kem tentera seluruh Negara. Adakalanya Surat arahan itu penting agar perkara ini dilakukan ahli dan cawangan secepat mungkin dengan berasa bertanggung jawab..
3. Sebarkan di Seluruh Masjid diseluruh Negara selepas Sembahyang Jumaat.
Dan lakukan juga sebaran risalah masalah Harga minyak da barang. Dan aktiviti edaran risalah ini penting, saya hanya pernah jumpa risalah Hizbu Tahrir, dimana risalah Pas dan Keadilan?
Ayuh Kita Lakukan Penyebaran Risalah melawan regim Abdullah Badawi, Regim ini kini menggunakan sepenuhnya Unit cawangan khas yang terdiri daripada Polis yang menjadi barua penjenayah dan gangster. Malah dengan berita terbaru bagaimana Polis Menahan sejumlah besar peserta Protes kenaikan Harga barang kini Sah mereka telah diperkudakan sepenuhnya.
Ayuh PAS dan Keadilan segera menghantar surat ke cawangan cawangan mereka seluruh Negara agar mereka bersedia menghantar seramai mungkin ke perhimpunan BERSIH 23 Febuari Depan!! Ayuhhh Kita himpunkan setengah juta Rakyat kita pecahkan tembok kezaliman!!
Kalau takut dengan perjuangan usah bicara soal perjuangan…
Lawan Tetap Lawan!!
Reformis Muda
Anda boleh layari pendedahan Raja Petra di
http://www.m2day.org/nuc2007/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan