HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Februari 2008

Kabinet setuju pasang tali pinggang belakang


KUALA LUMPUR. - Cadangan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar belakang bagi kenderaan mendapat persetujuan Kabinet baru-baru ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaannya perlu menunggu kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan badan bukan kerajaan yang berkaitan.

``Kita perlu kaji mengenai mekanisme pelaksanaan dan penguatkuasaan yang melibatkan beberapa pihak berkuasa.

`` Selepas kajian dibuat, baru kita akan mengumumkan tarikh pelaksanaannya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Bersepadu Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan di sini hari ini.

Tiada ulasan: