HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Februari 2008

Tujuh maut pada hari kedua Ops Sikap XVI



KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada hari kedua Ops Sikap XVI semalam menunjukkan penurunan apabila hanya tujuh kematian dicatatkan di seluruh negara berbanding 10 orang pada 31 Januari lepas.

Ketua Trafik Bukit Aman Datuk Hamza Taib berkata daripada jumlah itu, penunggang motosikal mencatatkan kematian tertinggi iaitu tiga orang di samping masing-masing dua bagi pemandu kereta dan pejalan kaki.

Sejumlah 1,041 kes kemalangan yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam itu, katanya dalam satu kenyataan hari ini, Sabtu.

Beliau berkata tiga kemalangan maut dilaporkan di jalan bandaran iaitu dua di jalan persekutuan diikuti dua orang di lebuh raya dan satu di jalan negeri.

Kemalangan di jalan lain pula tidak melibatkan sebarang kematian, katanya.

Hamza juga berkata 10,203 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kepada pesalah trafik di seluruh negara dalam operasi itu. BERNAMA

Tiada ulasan: