Oleh Nazar Hashim
PERMATANG PAUH : Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menerima pelbagai halangan dari pemerintah Umno BN, sebaliknya ketakutan terhadap sokongan yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu turut tersebar luas melalui SMS yang menghalang orang ramai hadir ceramah ‘Rakyat Hakim Negara’ di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang Rabu lalu.
SMS fitnah tersebut yang menggunakan nombor Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Dr Norlela Ariffin berbunyi:
“Muslimin dan muslimat mlm ini kita penjarakan saudara Anwar Ibrahim dgn syarat kita pakat jangan turun!!!!”.
Laporan polis telah dibuat Norlela di Balai Polis Bukit Mertajam.
Norlela juga menafikan bahawa SMS itu dihantar olehnya dan menyifatkan perbuatan itu berniat jahat.
Beliau berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera bagi mengheret mereka yang melakukan fitnah tersebut ke muka pengadilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan