HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Oktober 2014

Anwar nafi wujud perjanjian antara PKR dengan Azmin

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujudnya surat yang didakwa perjanjian antara PKR dengan Mohamed Azmin Ali selaku timbalan presiden parti berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu lagi, perkara itu sengaja dibangkitkan Umno kerana beliau sendiri tidak menerima e-mel surat perjanjian yang dimaksudkan, lapor Selangor Kini.

“Soal urusan parti, beliau (Azmin) masih Timbalan Presiden dan Saudara Rafizi adalah Setiausaha Agung. Puncanya daripada Umno. E-mel itu katanya dihantar kepada saya tetapi tidak terima pun.

“Jadi ia adalah e-mel pejabat Umno. Kalau hantar kepada saya, mesti terima. Saya periksa tiada,” katanya kepada media di Klang hari ini.

Ketua Pembangkang itu menambah, beliau menyokong penuh pemilihan Azmin untuk jawatan nombor satu di Selangor itu, bahkan kagum dengan cara pentadbirannya.

Jelasnya pelantikan Rafizi selaku Setiausaha Agung PKR bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution bertujuan memantapkan kepimpinan parti.

Tiada ulasan: