PERSATUAN Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan parti politik.“PasMa menyediakan program pendidikan ke arah melahirkan m
Islam mengajar umatnya untuk memberikan peringatan dan nasihat menasihati antara satu sama lain,” demikian penjelasan Presiden PasMa, Dato’ Phahrolrazi Zawawi
Matlamat penubuhannya adalah baik. Niatnya tulus ikhlas, suci dan murni. Namun tidak semua yang dilihat baik itu wajar dan sesuai untuk diwujudkan.
Ketika dan suasana juga menjadi faktor penentu kewajaran sesuatu pertubuhan itu diwujudkan
Di awal penubuhan saya pernah mengulas bahawa kewujudan PasMa hanya akan menambah satu elemen baru untuk ahli-ahli PAS (sebagai sebuah jemaah) untuk berpolemik. Atau lebih buruk lagi, untuk terus berbalah sesama sendiri. Sekarang semuanya sudah terserlah.
Keahlian PAS sudah mencecah sejuta. Penyokong berkali ganda besarnya. Meskipun semuanya punyai satu matlamat iaitu mahu cari keredaan Allah dalam perjuangan yang didukung namun aliran pemikiran dan keutamaan pegangannya pelbagai. Itu cabaran lumrah dalam mana-mana organisasi besar. Isu-isu kontroversi sedia ada sudah sarat ditanggung PAS yang mencetuskan polemik tiada kesudahan, kini PasMa pula mengambil tempat untuk menambahkan perbezaan.
Dalam PAS skala pemikiran juga pelbagai dan bertahap.
Daripada yang paling alim dan bijak hinggalah yang berlawanan dengan sifat tersebut. Apabila semuanya mahu berpolemik maka dunia akan menyaksikan buruknya perilaku PAS sebagai sebuah jemaah beraksi, lebihlebih lagi di zaman langit terbuka.
Letih rasanya melihat gelagat sebahagian ahli-ahli dan penyokong membesarkan industri dosa di media maya dengan berbalah, memfitnah, memaki hamun dan kutuk mengutuk. Tidak dinafikan sebilangan yang berhujah dengan penuh rasional.
Memang, jika PasMa tidak wujud sekalipun, selagi mana wujud kalangan manusia ‘kaki balah’ yang diperkudakan hawa nafsu maka percakaran dalam jemaah wujud juga atas topik yang lain pula. Tapi sekurang-kurang elemen penyebab perbalahan yang besar berkurang satu. Maknanya kemudaratan yang ada tidaklah lebih besar berbanding menambahkan satu lagi satu mudarat.
Dahulu ahli-ahli PAS bermatimatian mempertahankan kemurniaan dan kemuliaan perjuangan PAS yang satu. Pantang PAS diserang, semua bangun melawan.
Kini suasana itu semacam tiada lagi. Ada yang ‘terpaksa’ sibuk pertahankan PasMa dan ada yang sibuk pula menggunakan sepenuh kudrat melawan PasMa. Ada yang menggunakan dalil nakli dan akli untuk memperta hankan pendirian masing-masing. Ada yang bertelingkah macam budak-budak.
Tidak pasal-pasal bertambah lagi satu beban kerja sedangkan kerja tersebut tidak membantu meningkatkan produktiviti perjuangan PAS.
Aktivis PasMa memulakan langkah mulia untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Malangnya ia dicurigai apabila setiap forum yang dianjurkan berakhir dengan pertikaian terhadap Presiden PAS.
Mungkin itu bukan niat asal PasMa tetapi ia tidak dapat mengelak daripada mencetuskan idea sedemikian. Maka munasabahlah untuk NGO itu dicurigai oleh sekalangan ahli-ahli yang lain.
Dalam perkembangan terbaru, Majlis Syura Ulamak PAS menasihatkan kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa.
Setiausahanya, Dato’ Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Majlis Syura Ulamak memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli- ahli PAS seperti yang dilakukan oleh NGO tersebut.
“Selaras dengan peringatan Presiden PAS dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jemaah dalam jemaah, parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PasMa,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Majlis Syura Ulamak juga meng gesa kawasan-kawasan dan Badan Perhubungan Negeri membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak sekiranya tindaktanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut.
Apabila ada pihak mula bercakap mengenai “tindakan” terhadap satu pihak yang lain maka ia mencetuskan suasana tidak sihat.
Presiden PasMa lantas menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS sepatutnya ditujukan kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebab ianya bukan lagi menjadi keputusan parti kerana Jawatankuasa PAS Pusat sahaja yang berhak membuat keputusan parti.
Dahulu tidak pernah kedengaran ada ahli PAS pertikai MSU, sekarang ada. “Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti. Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif,” ujar Presiden PasMa.
Berbalah lagi! Maka berbalahlah tak sudah-sudah sampai jemaah boleh jadi lemah. Sebelum nasi jadi bubur eloklah Pas- Ma sedar bahawa bagaimana mulia dan murni pun niatnya tetapi kehadirannya akan membawa lebih banyak mudarat terhadap PAS sebagai jemaah Islam. Elok bubarkan saja PasMa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan