KEMAMAN - Majlis Belia Felda Negeri Terengganu (MBFNT) menggesa supaya
pihak Felda mengkaji semula harga rumah yang akan dibina untuk generasi
kedua golongan peneroka di negeri itu.
Pengerusinya, Mohd Fauzi Mat Adam berkata, pihaknya memohon supaya pihak Felda menetapkan harga rumah yang ditawarkan nanti mampu dimiliki oleh golongan generasi kedua Felda.
"Kami mahu pihak Felda segera mengkaji mekanisma terbaik dalam menentukan harga paling sesuai dan paling rendah untuk rumah generasi kedua ini.
Sekarang ini, harga rumah yang bakal ditawarkan minimumnya adalah RM120,000 seunit dan dikatakan ada yang bakal mencecah RM200,000 tertakluk kepada kos tambahan di lokasi ianya dibina dan ini akan membebankan generasi kedua Felda," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mencadangkan supaya pihak bertanggungjawab dalam perumahan generasi baharu Felda untuk menyediakan perumahan pelbagai jenis seperti rumah mampu milik, kos rendah, sederhana rendah dan sederhana.
"Ini akan memberi pilihan kepada generasi kedua Felda untuk membeli rumah mengikut kemampuan masing-masing," katanya.
Fauzi berkata, Felda juga perlu mencontohi beberapa kerajaan negeri yang melaksanakan skim Rumah Mampu Milik yang berharga RM70,000 hingga RM95,000. -Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan