PETALING JAYA: Kerajaan
pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan cadangan penggunaan tanda
harga khas ke atas barangan yang tidak dikenakan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).
Ketua
Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, persetujuan
dibuat menerusi perbincangan terhadap cadangan itu di peringkat
kementerian pada minggu lalu.
"Kita
telah adakan perbincangan diadakan di peringkat kementerian. Belum lagi
buat pertemuan dengan wakil industri. Pada dasarnya kita bersetuju untuk
melaksanakannya,” katanya menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas
(SMS) kepada mStar Online pada Selasa.
Menterinya,
Datuk Seri Hasan Malek pada Khamis baru-baru ini berkata, kerajaan
sedang mempertimbangkan cadangan untuk melabelkan barangan yang
dikecualikan GST dengan pelekat warna berbeza bagi mengelakkan
kekeliruan pengguna.
Alias
pada Jumaat lalu pula berkata, kerajaan akan mengkaji dan menyemak aspek
perundangan berhubung cadangan penggunaan tanda harga khas bagi
barangan berkenaan.
Dalam mengenai perkembangan berhubung perkara itu, Alias berkata, belum ada semakan yang dibuat berkaitan perundangan setakat ini.
“Belum semak lagi berkaitan perundangan. Ia akan dibincangkan kemudian. Kita masih ada masa. Tidak perlu tergesa-gesa,” katanya.
Bagaimanapun
katanya, semakan dari segi perundangan adalah penting kerana mahu
meneliti peraturan-peraturan berkaitan dengan pelaksanaan tanda harga
khas itu.
“Peraturan
ini penting kerana jika ada peniaga yang gagal patuhinya, kita mesti
fikir apakah penalti yang boleh dikenakan kelak,” kata Alias.
Selain
semakan dari segi perundangan, kerajaan turut akan membincangkan
mengenai senarai lengkap barangan termasuk perkhidmatan yang
dikecualikan GST termasuk dikenakan cukai kadar sifar, mekanisme pelaksanaan, penetapan warna atau jenis tanda harga khas dan tempoh ia dilaksanakan.
Pelaksanaan GST yang akan berkuat kuasa pada 1 April tahun depan bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Terdahulu,
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman mencadangkan penggunaan tanda harga
khas bagi barangan yang tidak dikenakan GST supaya pengguna dapat
merancang perbelanjaan dengan bijak dan memahami hak kepenggunaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan