Harga Rumah RM200,000 (Banglo) Pinjaman
Tanpa Faedah di Brunei. Tawaran Rumah Mampu Milik di KL Pula? : Ada
rakyat Brunei di sini? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap
laporan Berita Taiwan baru-baru ini menunjukkan kehidupan rakyat Brunei
yang berjaya menikmati untuk tinggal rumah banglo bagi perumahan awam di
Brunei. Butiran lanjut?
Lagi Syarat Kelayakan Rumah Murah Mampu Milik (Banglo) di Brunei?
- Yang untuk kalangan rakyat Brunei yang baru pertama beli rumah
- Saiz keluasan tapak rumah banglo di perumahan awam tersebut adalah 330 meter persegi ataupun 3,552 kaki persegi
- Yang menariknya, anda tidak akan dibebankan dengan tawaran skim pinjaman rumah (housing loan) tanpa faedah selama tempoh 30 tahun kepada pemilik rumah tersebut
- Tidak cukup lagi dengan itu, anda juga berpeluang untuk tinggal di rumah banglo tersebut secara percuma tanpa sebarang bayaran bagi 3 bulan pertama sahaja (3 Months free trial)
- Bil elektrik di Brunei? Anda pakai aircond setiap hari sekalipun bil elektrik mereka dengan 3-4 buah penghawa dingin akan berlegar sekitar sekitar BRU150.00 sebulan
BAC LAGI SINI :
Harga Rumah 2013 Semakin Naik. Isi rumah Gaji RM6,000 Sebulan Sukar Beli Rumah
di Lembah Klang!
Tawaran Harga Rumah Murah Mampu Milik Di KL Bawah RM200,000. Berminat?
Berita Semasa perhatikan rumah perumahan
awam seperti ini banyak terdapat di sekitar Temburong, Brunei. Mungkin
Malaysia juga boleh mengambil contoh dan apasalahnya “meniru” konsep
daripada perjuangan kerajaan Brunei membela nasib rakyat mereka yang
impikan rumah mampu milik dan “rumah mampu tengok”.
Ia ada kaitan dengan berita terkini yang
Berita Semasa terima menunjukkan kerajaan sudah ada perancangan untuk
anda semua bagi menjual harga rumah murah di Kuala Lumpur di bawah
RM200,000 di atas sebidang tanah yang sudah pun dikenal pasti yang
terbuka terbuka kepada golongan pertengahan untuk beli rumah sendiri.
Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa
harga “standard” di kawasan Kuala Lumpur untuk jenis apartment dengan
keluasan 800 kps contohnya dijual pada harga sekitar RM350 – RM500 kaki
persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik tidur.
Jadi apa agaknya tawaran kerajaan malaysia melalui projek rumah harga murah dan mampu milik di bawah harga RM200,000 kali ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan