MALAYSIAKINI
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah risau tentang jurang pendapatan yang akan memburukkan gejala rasuah.
Menzahirkan kebimbangan baginda berkenaan laporan data Model Ekonomi
Baru (NEM), Raja Nazrin berkata negara kini tidak lagi boleh berada
dalam keadaan "minda penafian".
Baginda bimbang pengagihan kekayaan yang tidak seimbang dan jurang
pendapatan yang semakin melebar akan menggalakkan budaya rasuah.
Bertitah pada ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
hari ini, Raja Nazrin bertitah bahawa negara kini berhadapan dengan
cabaran yang besar.
"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula Strepsil.
"Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial.
"Ia memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya
merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk
dilaksanakan," titah baginda.
Baginda turut mempersoalkan tahap gaji rakyat yang tidak seiring dengan kos kehidupan seharian.
"Apakah opsyen yang ada di kalangan pegawai awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian?
"Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan rasuah.
"Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan.
"Terutamanya (dalam) memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan,
makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang
kosnya semakin hari semakin meningkat," titah baginda lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan