MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, kerajaan negeri tetap akan
memperuntukkan RM200,000 kepada setiap anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) BN di negeri itu walaupun mereka telah menolaknya.
Azmin berkata, kesemua 12 ADUN BN itu sepatutnya bersyukur apabila kerajaan negeri menyediakan peruntukkan untuk mereka.
Malah, beliau menjelaskan, walaupun setiap ADUN BN menerima RM200,000
namun, setiap penyelaras DUN akan mendapat RM500,000, menjadikan
jumlahnya RM700,000.
"Sebenarnya sama. Setiap kawasan diberi RM700,000. Cuma di kawasan yang
kita kalah kepada BN, mereka (ADUN) akan menguruskan RM200,000 dan
penyelaras DUN akan uruskan RM500,000.
“Tetapi jumlah RM700,000 akan tetap pergi kepada rakyat.
"Sekurang-kurangnya, mereka perlu bersyukur kepada kerajaan negeri dan
ini merupakan satu langkah yang baik," katanya kepada pemberita.
Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan kekal memberikan
RM200,000 kepada wakil rakyat BN walaupun mereka menolaknya, Azmin
berkata:
"Ya, kita akan kekalkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan