HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 November 2014

Sejuta tandatangan sokong akta hasutan

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari mengumumkan telah mengumpulkan sejuta tanda tangan bagi menggesa kerajaan supaya tidak memansuh Akta Hasutan 1948.

“Saya amat bimbang dengan keadaan semasa yang tidak sihat.

“Ada pihak-pihak di kalangan masyarakat kita yang dengan sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan mengambil kesempatan akan isu pemansuhan Akta Hasutan 1948 ini,” katanya.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung wanita Umno berkata satu juta tandatangan ini akan diserahkan kepada perdana menteri seawal mungkin sebagai bukti bahawa mereka memandang serius perkara itu.

Dalam ucapannya, beliau turut mengangkat dokumen kutipan tandatangan itu dan menunjukkan kepada perwakilan yang hadir.

Malah beliau turut menyatakan kerisauan mengenai keadaan yang tidak sihat dan memandang serius kepada pihak yang mengambil kesempatan atas pemansuhan Akta Hasutan 1948.

“Tindakan dan perbuatan tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan rakyat berbilang kaum berasa risau, bimbang dan tergugat akan kedudukan dan hak-hak mereka,” katanya.

Tiada ulasan: