MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Azmin Ali meminta pendahulunya Tan Sri Khalid
Ibrahim mengemukakan fakta yang betul sebelum memberi sebarang kenyataan
berhubung belanjawan negeri sebelum ini.
Azmin menegaskan bahawa belanjawan sejak enam tahun lalu, bawah pentadbiran Khalid, merupakan belanjawan defisit.
"Dia (Khalid) kata dia membentangkan belanjawan yang seimbang sejak enam tahun lalu.
"Saya nasihatkan Tan Sri Khalid supaya dapatkan fakta yang betul sebelum dia berkata demikian,” katanya.
Azmin berkata, beliau dengan mudah dapat mengemukakan angka untuk menolak kenyataan Khalid.
“Kalau dibandingkan dengan anggaran perbelanjaan dan wang simpanan, ia mempunyai lebihan.
"Tetapi untuk merangka belanjawan, anda perlu bandingkan dengan anggaran perbelanjaan dan hasil,” katanya.
"Jadi, kalau hasil lebih besar daripada perbelanjaan, kita katakan ini sebagai satu belanjawan yang mempunyai lebihan.
“Tetapi jika hasil kurang daripada perbelanjaan belanjawan, maka ia merupakan belanjawan defisit. Semudah itu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan