Khalid Abu Bakar Khalid Abu Bakar
 
 
JOHOR BAHRU - Bukit Aman sedia mempertimbangkan cadangan menempatkan polis bantuan di sekolah-sekolah di seluruh negara bagi menangani jenayah membabitkan pelajar khususnya gejala buli.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bagaimanapun perkara itu bergantung kepada permohonan yang dikemukakan oleh pihak sekolah untuk menempatkan polis bantuan di sekolah masing-masing.

Katanya, pihaknya akan mengkaji permohonan yang dikemukakan untuk membuat penelitian sewajarnya.

"Jika ada permohonan kita boleh buat kajian dan penelitian yang sepatutnya.

"Sekiranya permohonan yang dikemukakan pihak sekolah lengkap, kita boleh luluskan dalam tempoh yang singkat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepaa merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia Ke-26 di sini, hari ini.