Roketkini.com
KUALA LUMPUR– Sebenarnya Umno adalah parti yang
memberi harapan palsu, bukannya DAP, manakala Ketua Pemudanya Khairy
Jamaluddin sedang hidup dalam penafian.
Demikian reaksi balas Dyana Sofya terhadap serangan bertali
arus terhadap DAP sepanjang Perhimpunan Agung Umno PAU kali ini yang
menjadikan Dyana bahan bualan.
Nama Dyana meniti di bibir Khairy sejak hari pertama PAU
bersidang, sambil menyifatkan Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang
itu sebagai seorang yang ‘bukan siapa-siapa’.
“Saya rasa Khairy memang hidup dalam penafian jika beliau
rasakan DAP ialah parti yang memberikan harapan palsu kepada ahli
politik muda,”
“Malah, DAP konsisten mengiktiraf bakat-bakat muda dan
memberi peluang untuk turut serta dalam politik arus perdana,” ujar
Dyana yang dikenali setelah bertanding melawan Presiden Gerakan Datuk
Mah Siew Keong dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan.
Contohnya, Ahli Palrimen Kulai Teo Nie Ching yang memenangi
kerusi Parlimen Serdang ketika berusia 27, manakala Ahli Parlimen Bukit
Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim
baru sahaja berusia 32 tahun.
Bukan itu sahaja, DAP turut mempunyai wakil rakyat berusia
dalam lingkunan 20’an seperti Liow Cai Tung di Johor dan Christina Chew
di Sarawak.
“Pemimpin senior seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan
Teresa Kok pun bertanding (dalam pilihanraya) ketika usia 20’an,”
tambahnya.
Dyana turut mempersoalkan sama ada Umno pernah mengenengahkan mana-mana calon di bawah usia 35 dalam pilihanraya umum yang lalu.
“Dengan lebih 300,000 ahli Puteri Umno yang khabarnya lebih
hebat daripada saya, berapa ramai yang diberi peluang untuk
bertanding?”, soal Dyana.
Menurutnya, keengganan Umno memberi peluang kepada anak
muda kerana tidak ada dari kalangan pemimpinnya yang berminat untuk
melepaskan cengkaman mereka terhadap kekuasaan.
“Umno berlagak seolah-olah dialah pelindung orang Melayu,
walaupun mereka mendakwa bahawa survival orang Melayu bergantung kepada
Umno.
“Sebenarnya Umno yang tidak boleh bertahan tanpa orang Melayu,” ujar Dyana. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan