Mohd Shamsuddin Lias
SHAH ALAM - Wakil rakyat BN Selangor menafikan menerima peruntukan
kewangan terus daripada kerajaan Persekutuan kepada rakyat di kawasan
mereka.
Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Shamsuddin Lias berkata, kerajaan Persekutuan hanya menyalurkan bantuan dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur seperti sekolah dan jalan raya serta Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat bukannya dana berasingan seperti didakwa.
"Hanya BR1M diberikan terus kepada rakyat yang layak selain itu tidak wujud bantuan langsung disalurkan kepada rakyat yang tinggal di Dun dikuasai BN.
"Persekutuan memang tak beri terus kepada Dun, itu terpulang sama ada nak bagi kepada Dun atau tidak kita Adun memang tak minta," katanya ketika ditemui di lobi Dun Selangor di sini, hari ini.
Minggu lalu 12 Adun BN menolak peruntukan sebanyak RM200,000 yang bakal disalurkan kerajaan negeri ketika Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membentangkan Bajet Selangor 2015.
Susulan itu, beberapa Adun PR mendakwa penolakan BN itu kerana mereka menerima insentif daripada kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Adun Sungai Burong itu berkata, tindakan itu dibuat kerana atas dasar prinsip dan menyifatkan kerajaan PR sepatutnya amalkan keadilan demokrasi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan