HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Disember 2014

Cari jalan terbaik selamatkan Yusuf al-Qaradawi

HARAKAHDAILY |


KUALA LUMPUR: Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Interpol untuk menangkap Syaikh Yusuf al-Qaradawi semata-mata kerana mengikut arahan rejim diktator al-Sisi di Mesir.

Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata perbuatan sedemikian adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi serta menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia.

"Syaikh Yusuf al-Qardawi sangat besar sumbangannya kepada dunia Islam. Interpol tidak sewajarnya menerima arahan al-Sisi kerana pemerintahannya adalah zalim," tegasnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, Syaikh Yusuf al-Qaradawi dalam sejarah hidupannya sebagai seorang ilmuan dan da’i ternama sangat iltizam dengan pemikiran wasatiyyah (sederhana) dan sentiasa memupuk hubungan baik antara penganut-penganut Islam dan bukan Islam.

Justeru, kata beliau pihaknya menyeru kepada Kerajaan Malaysia supaya segera mengambil inisiatif tegas bersama dengan beberapa buah kerajaan di dunia Islam untuk meminta rejim al-Sisi menarik balik tindakan menyenaraikan al-Qaradawi sebagai seorang pengganas dan menyerahkan kepada Interpol.

"Selanjutnya, OIC sebagai sebuah badan penting di dunia Islam seharusnya berperanan bersama lain-lain NGO di seluruh dunia, mencari jalan terbaik bagi menyelamatkan Syaikh al-Qaradawi dari penganiayaan dan penghinaan ke atas dirinya," katanya lagi. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: