HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Disember 2014

Duit boleh dipalsukan, tidak mustahil kad pengenalan

 
Tindakan perlu diambil segera terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab
shafie_apdal_new

KUALA LUMPUR: Tidak mustahil IC (Kad Pengenalan) di Kelantan juga boleh dipalsukan, kata Naib presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut beliau, jika duit yang menggunakan teknologi canggih boleh dipalsukan, kemungkinan juga kad pengenalan di Kelantan boleh dipalsukan.

Namun Shafie menjelaskan, apa yang lebih penting adalah langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana dilihat telah menjadi isu terutamanya di jabatan-jabatan untuk memperbetulkan.

“Tindakan perlu diambil dengan segera terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dalam satu sidang media selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan GiatMara.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata Shafie tidak memahami polisi pengundi pilihan raya di Kelantan.

Terdahulu daripada itu, Shafie yang merupakan Ahli Parlimen Semporna itu berkata Barisan Nasional (BN) pastinya sudah berjaya merampas pentadbiran negeri Kelantan sekiranya ia terlibat mengeluarkan kerakyatan kepada pendatang asing.

Suhaizan membidas kenyataan tersebut dengan menyatakan jika di Sabah IC (Kad Pengenalan) pengundi palsu boleh berlaku berbanding di Kelantan. Ini kerana, Ahli Parlimen Sabah sendiri tidak mengenali pengundi mereka.

“Di Kelantan memang tidak boleh membuat klon IC ini. Petugas mereka sangat mengenali setiap saluran pengundi. Jika berlaku penipuan, mereka akan terperangkap di peringkat saluran pengundi itu,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Tiada ulasan: