Mana-mana blogger yang menyebarkan fitnah tetap dikenakan tindakan samaada mereka penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan mengambil tindak terhadap mana-mana blogger yang menyebarkan fitnah dan menghasut yang boleh menjejaskan keamanan negara.
Menterinya, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya KKMM menerima aduan daripada mana-mana pihak, mereka akan mengambil tindakan segera tidak kira sama ada mereka dari belah pembangkang atau kerajaan.
“Kesemua mereka yang bersalah kita akan kenakan tindakan dan pihak yang menghukum adalah pihak mahkamah,” katanya kepada pemberita di KL Sentral hari ini.
Jelasnya, segala hukuman yang akan dibuat adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan berserta kesesuaian yang dilakukan pesalah.
“Kalau perbuatan isu melibatkan kata-kata fitnah mereka akan dikenakan tindakan dibawah Akta Fitnah, kalau tindakan mereka itu menghasut hukumannya akan dilakukan dibawah Akta Hasutan,” ujarnya.
Pada masa yang sama beliau menjelaskan, pengukuhan Akta Hasutan yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini salah satunya adalah untuk menentang pihak yang mempunyai pemikiran yang ekstrem.
“Dengan adanya media sosial mungkin perkara ini akan merebak balik, maka undang-undang ini perlu diperkukuh bagi mengatasi golongan ekstrem,” ujarnya.
Sehubungan dengan isu, beliau menggesa kepada mana-mana pihak yang menggunakan media sosial supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti, apatah lagi boleh memberi kesan yang mendalam kepada negara.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan UMNO memberi dana kepada blogger untuk jadi alat penyebar maklumat parti atau menyerang pembangkang.
“Kami tidak pernah bayar sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas berhubung desakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar supaya UMNO mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan parti itu membayar gaji blogger untuk menyerang pembangkang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan