HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Disember 2014

GST beri kesan besar kepada harga ubat, kos kesihatan

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR- Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidamtan (GST) oleh kerajaan bermula April depan bakal memberi kesan besar terhadap perkhidmatan kesihatan kepada rakyat negara ini.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, G.Manivannan berkata walaupun kerajaan mengecualikan cukai terhadap perkhidmatan di hospital swasta, namun kos bagi mendapatkan rawatan dijangka akan terus meningkat.

Manivanan“Yang dikecualikan hanya cukai perkhidmatan, tetapi cukai bagi ubat-ubatan, barang kesihatan dan sebagainya tetap akan dikenakan.

“Inilah yang bakal menyebabkan kos rawatan di hospital swasta meningkat, akibatnya golongan berpendapatan sederhana yang sebelum ini mampu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan tidak lagi mampu membayar,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Malah tegasnya kenaikan kos rawatan itu akan menyebabkan golongan berpendapatan sederhana
akhirnya akan mendapatkan rawatan di hospital awam.

“Saya jangka akan ada peningkatan sehingga 60 peratus jumlah pesakit yang mahu mendapatkan rawatan di hospital awam.

“Persoalannya apakah kerajaan telah lakukan sesuatu bagi menampung peningkatan tersebut, kerajaan perlu tampil beri jaminan bahawa semua hospital awam telah bersedia.

“Saya cabar Perdana Menteri, Kementerian kesihatan dan kewangan untuk jawab dan nafikan akan berlaku peningkatan jumlah pesakit di hospital awam akibat pelaksanaan GST ini,” tegasnya lagi.

Pertengahan Disember lalu, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengingatkan orang ramai untuk bersedia membayar tambahan lima peratus bagi perkhidmatan hospital swasta bermula April depan.

Penambahan lima peratus pada kos penjagaan kesihatan swasta selepas GST diperkenalkan ekoran keengganan Jabatan Kastam mengecualikan cukai terhadap doktor yang diambil bekerja.

Tiada ulasan: