HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Disember 2014

Tempoh dua minggu jelaskan kejatuhan saham FGV – Mazlan

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberi tempoh kepada Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad selama dua minggu bermula hari ini untuk memberi penjelasan kepada seluruh peneroka Felda tentang kemerosotan harga saham Felda Global Ventures (FGV).

Jelasnya, hal ini kerana gesaan yang dibuat sebelum ini tidak mendapat respon daripada mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri selaku Penaung Felda.
Mazlan Aliman Anak“Saya beri tempoh kepada Tan Sri Isa selama dua minggu untuk perjelaskan semua perkara.

“Dalam masa yang sama, hari ini juga kita telah menghantar sekali lagi surat gesaan untuk mendesak Tan Sri Isa menyatakan pendirian beliau terhadap isu ini.

“Jika tidak, kita akan bawa isu ini ke Suruhanjaya Sekuriti,” ujarnya ketika penyerahan memorandum berhubung perkara itu di Menara Felda, hari ini.

Bloomberg sebelum ini melaporkan, saham FGV yang berada pada tahap RM5.39 pada 2012, jatuh hampir separuh kepada RM2.20.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, beliau sebelum ini telah menghantar surat kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim untuk mengadakan pertemuan pada 3 Disember lalu.

Namun pelawaan itu ditolak oleh Razali dengan alasan mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan. Sehingga hari ini, katanya, tiada maklum balas daripada Razali berhubung surat tersebut.

Dalam pada itu, Razali dalam kenyataannya hari ini berkata FGV tidak harus dipersalahkan kerana kejatuhan sahamnya berpunca daripada kejatuhan harga minyak sawit sedunia.

Tiada ulasan: