Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bantuan tersebut diluluskan pada mesyuarat Exco semalam.
Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pelombong bijih besi terbabit yang dipercayai menyebabkan berlaku banjir lumpur.
“Syarikat perlombongan itu akan diambil tindakan kerana meninggalkan kawasan perlombongan begitu sahaja tanpa sebarang notis,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim.
Baru-baru ini berlaku banjir lumpur yang mengancam nyawa kira-kira 200 penduduk Kampung Bukit Besi Dun Temangan.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kawasan perlombongan bijih besi di lokasi berdekatan yang tidak lagi beroperasi.
Pada kejadian itu sebuah rumah penduduk dihanyutkan air, manakala banyak kediaman lain rosak. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan