HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Disember 2014

Peluang singkirkan Najib, elak krisis ekonomi





Oleh MOHD ARIF JUHANI


KUALA LUMPUR: Skandal 1MDB perlu dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk Umno untuk menyingkirkan Dato’ Seri Najib Razak secara terhormat ekoran kegagalannya menguruskan hal ehwal negara dengan baik.

AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan ini perlu segera diambil bagi mengelakkan Najib mengheret negara dalam kancah ekonomi yang lebih buruk pada tahun hadapan.

Katanya, skandal 1MDB merupakan kemuncak kepada kegagalan Najib menguruskan wang rakyat dan ekonomi negara.

Kelemahan ini, ujarnya, negara menghadapi kadar keberhutangan yang terlampau tinggi disamping penyusutan nilai ringgit sehingga menjejaskan pelaburan serta aktiviti import dan eksport.

“Pendedahan tentang penyelewengan 1MDB terus mengukuhkan keyakinan Pakatan Rakyat tentang kelemahan pengurusan Najib.

“Bayangkan bagaimana wang rakyat dicagarkan kepada sebuah pelaburan yang tidak jelas transaksi dan prosesnya sehingga menyebabkan kerugian yang besar,” ujar Ahli Parlimen Parit Buntar.

Ketika dihubungi , beliau mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat golongan yang terlibat dalam skandal tersebut.

Tiada ulasan: