THE RAKYAT POST
Abdul Wahid berkata,
syarikat yang mempunyai pinjaman mata wang asing, selalunya mempunyai
aset mata wang asing, oleh itu mereka mampu memadankan aset dolar US
mereka dengan liabiliti dolar US. - Foto 1-million-dollar-blog.com
KUALA LUMPUR- Keadaan nilai ringgit yang turun naik ketika ini masih terkawal dan kesannya ke atas sektor perniagaan adalah minimum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
“Struktur ekonomi kita terus kukuh, berikutan lebihan dalam akaun dan perdagangan kita, di samping rizab kita yang cukup.
“Ia masih lebihan yang agak besar dan
kita menjangka walaupun harga minyak rendah, akaun semasa akan kekal
dalam lebihan tahun ini,” katanya selepas sesi soal jawab #TanyaGomen,
di mana beliau dijemput untuk bercakap mengenai kesan Rancangan Malaysia
Ke-11.
Majlis itu dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
Abdul Wahid berkata, syarikat Malaysia
kini mempunyai penggearan yang kurang, berbanding keadaan pada 1990-an
dan liabiliti mereka sekarang kebanyakannya didominasi ringgit.
“Mereka
yang mempunyai pinjaman mata wang asing selalunya mempunyai aset mata
wang asing juga, oleh itu mereka mampu memadankan aset dolar US
mereka dengan liabiliti dolar US,” katanya.
Terdahulu, beliau berkata, ekonomi global amat mencabar dan keadaan itu di luar kawalan kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, amat penting untuk asas ekonomi negara diperkukuhkan.
Abdul Wahid berkata, satu daripada
langkah yang diambil kerajaan berkaitan perkara itu ialah memperluaskan
struktur ekonomi, dengan mengurangkan penggantungan kepada sektor
perladangan, komoditi serta minyak dan gas.
“Ketiga-tiga sektor itu menyumbang 18 peratus kepada pendapatan kita dan kita merancang mengurangkannya lagi kepada 15 peratus menjelang 2020.
“Ketika ini, sektor perkhidmatan adalah
penyumbang terbesar, menjana kira-kira 53 peratus kepada negara dan
pengeluaran 24 peratus,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan