KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed ke dalam Kabinet didakwa
merencatkan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas),
Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau kesal dengan tindakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan jawatan dalam Kabinet
kepada Nur Jazlan.
"Saya rasa kalau lihat dari keseluruhan, saya kesal sebab siasatan 1MDB tergendala.
"Sebenarnya lebih baik sekiranya pelantikan itu tidak dibuat," katanya kepada Sinar Online.
Namun, katanya sebagai orang politik, perlu difahami jika Nur Jazlan
menerima tawaran jawatan itu demi menjaga kelangsungan karier
politiknya.
"Tapi dalam isu ini, kita melihat juga di mana mereka semua ini adalah
ahli politik yang pastinya memikirkan kerjaya politik mereka.
"Jadi, kita tak boleh salahkan mereka dalam menerima jawatan ini. Sebaiknya, tidak perlu," katanya.
Selasa lalu, Najib mengumumkan rombakan Kabinet dengan menggugurkan
empat menteri termasuk Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan