DALIA ISMAIL
Adam Adli ketika ditemui wartawan di perkarangan IPD Dang Wangi sebelum ditahan. Foto TRP/ Dalia Ismail
KUALA LUMPUR- Perbincangan dengan pihak polis berhubung perhimpunan aman yang dijadualkan esok bertukar kecoh apabila aktivis sosial Adam Adli Abdul Halim dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shukri Abd Razab ditahan di Balai Polis Dang Wangi hari ini.
Adam Adli yang sempat ditemui media
berkata, pihaknya datang ke balai polis untuk mengadakan perbincangan
atas jemputan Ketua Polis Daerah berhubung perhimpunan yang dirancang
untuk diadakan di pekarangan kompleks membeli belah Sogo pada Sabtu.
“Kami sudah maklumkan kepada polis dan kami bersedia dengan tanggungjawab bagi memastikan ia adalah perhimpunan aman.
“Di peringkat awal kami dimaklumkan tiada
tangkapan dan hanya perbincangan. Habis sahaja perbincangan pegawai
polis berpakaian biasa telah menahan Shukri ketika kami keluar,”
katanya.
Menurut Adam lagi, penangkapan Shukri itu bagaimanapun tiada kaitan dengan perhimpunan yang akan diadakan esok.
“Ini kes yang berbeza. Kita tidak tahu
apa yang akan berlaku lagi. Kemungkinan besar hebahan di media sosial
atas nama beliau. Kita tidak pasti lagi kalau ada orang lain akan
ditangkap,” ujarnya.
Sementara itu, Peguam Latheefa Koya
berkata, tindakan polis menahan aktivis ketika mereka datang untuk
memberi keterangan dan bekerjasama dengan pihak polis adalah tidak
betul.
“Inilah masalahnya. Mereka minta orang
bekerjasama tetapi menahan orang pula. Bagaimana orang nak bekerjasama
dengan polis,” ujarnya.
Dalam kejadian itu Adam Adli ditemani
Latheefa Koya dan Pengerusi Eksekutif lawyer For Liberty (LFL) Eric
Paulsen telah masuk semula ke Balai Polis Dang Wangi untuk bertemu
dengan OCPD. Bagaimanapun Adam Adli kemudiannya turut ditahan.
Difahamkan, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sejurus selepas ditahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan