HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Ogos 2015

Polis nafi tahan Ghani Patail

FREE MAALYSIA TODAY
 
Timbalan Ketua Polis KL mengesahkan penyebaran berita itu hanya khabar angin.


ghani,polis


KUALA LUMPUR: Polis hari ini menafikan khabar angina bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata perkara itu hanya khabar angin.
“Jangan buat andaian dan spekulasi yang tidak sihat…ia akan menimbulkan situasi yang tidak baik.

“Jika benda ini benar, kami (polis) akan maklumkan kepada semua,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Reaksi itu diberikan susulan khabar angin bahawa bekas Peguam Negara itu ditahan polis pagi ini.

Pada Selasa lepas, perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan dan digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.-BERNAMA

Tiada ulasan: