HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Ogos 2015

Bekas Penasihat SPRM ditahan bantu siasatan 1MDB


 
 
Selain penasihat berpangkat ‘Tan Sri’ polis turut menahan seorang bekas pegawai di Pejabat Peguam Negara


pegawai,ditahan


PETALING JAYA: Seorang bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berstatus Tan Sri dan seorang bekas pegawai di Pejabat Peguam Negara ditahan untuk membantu siasatan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan yang dipetik daripada portal berita Mstar Online, polis akan mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mereman kedua-dua mereka.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan enggan mengulas mengenainya.

Tiada ulasan: