HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Ogos 2015

Derma politik dibenarkan oleh undang-undang, kata Khairy

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sumbangan dana kepada mana-mana parti politik tidak menjadi kesalahan. 
 
"Di Malaysia, tiada undang-undang yang halang parti politik terima sumbangan daripada penyokong mereka," katanya. 
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan, wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah derma pihak luar dan bukan daripada  1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Menteri Belia dan Sukan itu berkata amalan menerima derma politik daripada penyokong adalah amalan biasa parti-parti politik. 
 
"Bukan sahaja Umno dan Barisan Nasional, ahli politik menerima derma daripada penyokong bagi membantu kerja politik.
 
"Saya pasti semua parti terima sumbangan dari kawan dan penyokong," beliau berkata.
 
Mengulas lanjut  Khairy menjawab ada pelbagai cara derma diterima.
 
Menurutnya, derma itu boleh masuk terus ke dalam akaun parti atau ke dalam akaun persendirian individu yang menjadi pemegang amanah untuk parti.
 
 

Tiada ulasan: