Oleh Aspan Alias
Sekali fikir apa yang dialami oleh Muhyiddin sekarang adalah disebabkan sikap dan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan orang lain. Akhirnya beliau terhumban ketepi juga kerana memberikan sokongan dan sanggup dirinya dipermainkan oleh orang lain juga. Setengah pemikiran politik yang saya dengar bercakap Muhyiddin terbuang disebabkan oleh orang yang sama juga.
Beliau adalah orang yang memainkan peranan penting dalam usaha
menjatuhkan Abdullah Badawi. Beliau menolak Abdullah Badawi dengan
berhempas pulas bukan kerana Abdullah Badawi melakukan kesalahan kepada
beliau, tetapi kerana Dr Mahathir tidak mahu melihat Abdullah terus
mentadbir negara. Justeru Muhyiddin telah digunakan oleh bekas Perdana
Menteri Mahathir semasa itu untuk menurunkan Abdullah untuk menaikkan
Najib sebagai pengganti kepada Abdullah.
Mahathir mahukan dirinya dibawa berunding di dalam semua hal
pentadbiran negara setelah beliau meletakkan jawatan dan bersara
setelah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Mahathir kecewa dengan
sikap Abdullah seolah-olah tidak memahami yang beliau dinaikkan oleh
Mahathir untuk menjadi proxi kepada beliau. Mahathir tidak tahan rasa
kesunyian dalam persaraan.
Abdullah berdegil dengan Mahathir maka Muhyiddinlah yang dirundingkan
untuk menjatuhkan Abdullah dan menggantikan Najib sebagai Perdana
Menteri yang baru dan Muhyiddin yang ketika itu seorang Naib Presiden
menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Tetapi Najib juga tidak mahu beliau dijadikan proxi kepada Mahathir
maka dalam tempoh setahun lebih Najib juga menjadi sasaran Dr Mahathir
kerana kedegilan beliau seperti Abdullah dulu juga. Ditambah pula
dengan sikap Najib yang dipersepsikan ramai sebagai pemimpin yang tidak
jujur dan amanah maka ia menjadi satu alasan yang begitu 'convenient'
bagi Dr Mahathir untuk memulakan usaha untuk menjatuhkan Najib pula.
Mahathir telah membawa berbagai-bagai isu yang real terhadap Najib dan
isu-isu yang dibawa ke tengah oleh Mahathir merupakan isu yang jelas
benar tetapi yang lebih menyedihkan Mahathir ialah beliau telah gagal
untuk mencari pengganti-pengganti beliau yang mahu mengikut telunjuknya
dari luar.
Kali ini Muhyiddin sendiri telah dijadikan umpan untuk menjatuhkan
Najib dan akhirnya Muhyiddin menjadi mangsa keadaan dan dipecat pula
oleh Najib dari menjawat jawatan dalam kerajaan khususnya sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Muhyiddin dianggap oleh Najib sebagai
'conduit' Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan setelah keadaan mula
panas ramailah yang bermain kayu tiga politik untuk mengambil
kesempatan menaikkan diri masing-masing dalam kerajaan.
Zahid Hamidi yang begitu senyap dalam isu 1MDB telah dengan senyap
bermain politik untuk dirinya. Berita kencang yang mengatakan Zahid akan
menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin adalah Perdana
Menterinya. Dalam keadaan tertekan maka Najib telah membuang Muhyiddin
dan mengambil Zahid sebagai Timbalan beliau dan Muhyiddin telah terduduk
melihat jawatannya diambil alih oleh orang yang sepatutnya menjadi
Timbalan kepada beliau setelah beliau menjadi Perdana Menteri. Nyata
Zahid pandai membaca keadaan dan senario politik terkini dan beliau
mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi beliau.
Muhyiddin menjadi mangsa dan Najib kini merasakan beliau boleh menutup
segala-gala kecurangan beliau terhadap negara dengan adanya Zahid
sebagai Timbalan kepada beliau. Kini Zahid pula menjadi 'conduit' kepada
Najib dan beliau sanggup bersama-sama menutup segala kecurangan Najib
dari pengetahuan umum.
Kini Kabinet Najib tidak memberikan fokus untuk mentadbir dan
membangunkan negara. Segala ahli Kabinet beliau mempunyai satu tugas
penting, iaitu untuk menutup dan menjadi pendinding kepada semua
kesalahan Najib. Zahid dan yang lain dalam kabinet bukannya dijadikan
pelapis kepada kepimpinan Najib tetapi sebaliknya dijadikan pelapik
kepada kepimpinannya. Zahid bukan pelapis, Khairy bukan pelapis tetapi sebaliknya mereka ini semua telah dijadikan pelapik kepada kecurangan Najib sebagai Perdana Menteri.
Pendeknya barisan kabinet hari ini adalah barisan pelapik kepada
kabinet dan Perdana Menteri yang kotor ini. Sekarang ini kita
mendengar di sana sini ada sahaja yang bertindak untuk menunjukkan
sokongan terhadap Muhyiddin. tetapi percayalah sokongan itu tidak lama
kerana Najib akan melakukan segala usaha untuk menekan sesiapa yang
menyokong Muhyiddin.
Muhyiddin yang selama ini bersama-sama menjadi pelapik kepada Najib kini beliau hanya berada sebagai seorang pelapik pencen sahaja. Najib tidak ada pelapis. Semua yang ada di sekeliling beliau adalah pelapik beliau semata-mata. Najib memerlukan ramai pelapik-pelapik untuk menutup semua kemungkaran politik dan ekonomi beliau terhadap rakyat dan negara.
Mahathir dulu pun begitu. Beliau tidak pernah menggilap pemimpin untuk menggantikan beliau, di sebaliknya beliau hanya memilih untuk dikelilingi oleh pelapik-pelapik kepada beliau sahaja. Blog ini selalu mengingati isu ini tetapi saya secara peribadi mendapat hamunan dari banyak pihak.
Sekarang 'ambik kau'. Nasi sudah hampir menjadi bubur. Semua pelapik-pelapik yang lama dan yang baru dilantik ini bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang ini. Muhyiddin ini 'sudah terhantuk' baru tengadah kata orang tua-tua.
Mahathir dulu pun begitu. Beliau tidak pernah menggilap pemimpin untuk menggantikan beliau, di sebaliknya beliau hanya memilih untuk dikelilingi oleh pelapik-pelapik kepada beliau sahaja. Blog ini selalu mengingati isu ini tetapi saya secara peribadi mendapat hamunan dari banyak pihak.
Sekarang 'ambik kau'. Nasi sudah hampir menjadi bubur. Semua pelapik-pelapik yang lama dan yang baru dilantik ini bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang ini. Muhyiddin ini 'sudah terhantuk' baru tengadah kata orang tua-tua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan