HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Ogos 2015

Husam mahu PAS Pusat pantau 'kemewahan' kerajaan negeri Kelantan

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: ADUN Salor, Datuk Husam Musa mempersoalkan kemewahan pemimpin PAS di negeri berkenaan yang dikhabarkan kerap kali membuat lawatan ke luar negara.
 
Beliau turut melahirkan kebimbangan tindakan berkenaan yang dilihat bertentangan dengan garis panduan jimat cermat yang telah ditetapkan oleh bekas Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
 
"Keadaan Pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat. Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tok Guru dari segi kemewahan hidup para pemimpin, kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap, dan pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender," katanya dalam Facebook beliau.
 
Oleh itu, beliau meminta agar PAS Pusat memantau segala aktiviti kerajaan negeri Kelantan bagi memastikan segalanya tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
 
Perkara itu antara tiga isu yang dibangkitkan beliau dalam Majlis Penerangan dan Dialog Isu-isu Semasa PAS Kubang Kerian semalam.
 
Antara lain beliau turut mempersoalkan mengapa PAS mudah tertipu apabila Umno menawarkan bantuan Kelantan bagi merealisasikan agenda hudud apabila jelas bahawa ia adalah 'penipuan' yang mengakibatkan Pakatan Rakyat terkubur.
 
Pendirian Majlis Syura serta PAS Pusat juga dituntut Husam apabila dilihat gagal menangani segala fitnah dan tohmahan keatas parti berkenaan pada Muktamar PAS ke 61, Jun lalu.
 
"Adakah ini dibenarkan dalam Islam dan apakah pendirian Majlis Syura dan jawatankuasa pusat," katanya lagi.
 
Husam dalam pada itu turut berkata, sekiranya PAS tidak mampu memberi keadilan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli bagaimana ia selaku parti boleh memberi keadilan kepada rakyat Malaysia.
 
 

Tiada ulasan: