HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Ogos 2015

Chegubard tidak kisah kongsi pentas dengan BN dedah salah laku kerajaan negeri Selangor

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Walaupun pro kepada PKR, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata beliau sanggup berkongsi pentas bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), demi mendedahkan salah laku kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali.
 
"Saya boleh duduk satu pentas dengan siapa sahaja untuk suarakan apa pendapat kita dan ketegasan kita dalam pelbagai isu", katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Lebih mesra sebagai Chegubard, beliau akan mengetengahkan dua isu mengenai perkembangan terkini dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dalam satu forum yang dijadualkan malam esok.
 
"Forum itu dibuat tajuknya berkisar kepada perkembangan terbaru dalam dewan (Undangan Negeri Selangor) yang lepas membincangkan soal air, dan juga soal kewujudan satu entiti baru yang menguruskan hal pelaburan kerajaan negeri Selangor iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG)," ujarnya.
 
Penubuhkan DEIG menjadikan isu paling panas di negeri itu berikutan syarikat bernilai RM2 tersebut didakwa akan menguruskan kira-kira RM30 bilion nilai aset yang kini di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.
 
Chegubard dalam pada itu menafikan dakwaan beliau cuba menggunakan forum berkenaan untuk 'menyerang' Azmin. 
 
"Ini bukan soal individu, bagi saya SAMM sudah mengeluarkan pandangan berkenaan dengan isu rundingan air dan isu DEIG, kita menggunakan semua platform, saya tidak ada masalah, lagipun kalau Azmin Ali dan kerajaan negeri Selangor mahu buat forum dan panggil wakil SAMM, saya rasa kita bersedia untuk menghantar wakil dan menegaskan pendirian kita dalam isu ini," ujarnya.
 
Lebih daripada itu, ujar beliau, isu ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor perlu dibangkitkan supaya rakyat lebih jelas dan maklum akan perkembangan berkenaan.
 
"Isu integriti dan ketelusan serta kepentingan rakyat sudah melangkaui isu parti dan bukan isu individu semata-mata dan penegasan kami ialah perubahan sistem itu yang harus dituju, kalau sistem itu membenarkan kerosakan lantiklah sesiapa pun selagi ruang itu boleh dicipta kearah ketidaktelusan sebagai manusia sudah pasti akan berlaku" katanya.
 
Forum berjudul "Selangor di bawah Azmin Ali" itu juga turut menjemput ADUN BN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.
 
Sebelum ini, Chegubard lantang mengkritik pentadbiran Azmin Ali dalam kerajaan negeri Selangor yang dilihat tidak melakukan sebarang pembaharuan menjelang 100 hari memegang jawatan berkenaan pada September tahun lalu.
 
Malah katanya pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar pada 23 September lalu tidak membawa sebarang perubahan positif kepada negeri.
 
Episod kritikan itu terhenti seketika selepas bekas Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Chegubard menghentikan kritikan ke atas Azmin.
 
 

Tiada ulasan: