HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Ogos 2015

Kerajaan tidak boleh hentikan siasatan PAC

SINAR HARIAN



Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman


KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan siasatan yang sedang dijalankan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Pengarah komunikasi strategik BN itu berkata siasatan hanya boleh dihentikan sebaik sahaja jawatankuasa itu membuat rumusan dan membentangkannya kepada ahli Dewan Rakyat.

"Adakah empat pelantikan yang dibuat baru-baru ini menjejaskan atau menghentikan siasatan itu sama sekali? Jawapannya ialah, tidak sama sekali.

Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang siasatan oleh Parlimen," kata beliau dalam catatan terbaru melalui Facebooknya.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata PAC tidak menghentikan tugasnya untuk menjalankan penyiasatan semata-mata kerana beberapa anggota parlimen tidak lagi menjadi ahli jawatankuasa itu.

Pelantikan empat ahli PAC ke dalam barisan Kabinet baharu dan pentadbiran kerajaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas menerima kritikan daripada beberapa pihak, termasuk ahli politik pembangkang, yang menuduh kerajaan cuba mengganggu siasatan yang sedang dijalankan terhadap isu 1MDB. -Bernama


Tiada ulasan: