Sebuah tulisan di laman web pro perdana menteri, MYKMU, hari ini mendakwa taikun-taikun perniagaan yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad telah menyumbang hampir RM1 bilion kepada pembangkang sejak 2008.
Penulis itu, Amin Yatim, juga mendakwa “beberapa ratus juta” disumbangkan oleh syarikat YTL, Tan Sri Syed Mokhtar Syed Nor Al-Bukhary (gambar) dan tokoh-tokoh perniagaan lain.
Justeru, tulisan itu menyatakan kekecewaan mereka terhadap Mahathir yang memilih menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menerima dana RM2.6 bilion daripada penderma.
Amir menulis demikian dalam artikel berjudul “Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan derma RM 400 juta kepada DAP?”
Mahathir pada 3 Ogos menulis di blog menyatakan kesediaan akaun peribadinya selama 22 tahun menjadi perdana menteri diperiksa bagi membuktikan beliau telus.
Katanya bagi menghalalkan tuduhan RM2.6 bilion wang berada dalam akaun Najib, beliau pula dituduh perkara sama.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir menghuraikan panjang lebar berkaitan kewangan beliau dan Umno selama ini.
Mengarut, kata DAP
Sementara itu, bendahari DAP Fong Kui Lun (bawah) menolak dakwaan Tan menderma kepada mereka.
Sementar aitu, Bendahari Agung PKR Tan Yee Kew pula menjawab:
“Saya tidak boleh komen. Saya tidak pernah dengar berhubung perkara itu.”
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Kumpulan Berjaya untuk mendapatkan reaksinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan