SHAH ALAM - Krisis yang melanda syarikat 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) telah menggugat demokrasi berparlimen di negara ini, dakwa Naib
Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
memegang kuasa Eksekutif bertanggungjawab untuk menyelesaikan krisis
itu.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, keadaan
semakin celaru apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
sebagai badan bebas boleh mengeluarkan kenyataan yang mana melanggar
akta yang dibentuknya sendiri.
“Dalam Akta SPRM sendiri menyebut wang derma termasuk dalam maksud
‘suapan’ yang boleh membawa kepada pendakwaan di atas kesalahan jenayah
rasuah jika disabitkan, individu itu boleh dikenakan hukuman sehingga
penjara 20 tahun.
“Keadaan ini jelas sekali menunjukkan SPRM dihalang untuk
menjalanlankan tugas mereka dengan baik, keadaan ini mengganggu gugat
demokrasi berparlimen yang diamalkan selama ini,” katanya dalam satu
kenyataan semalam.
Nurul Izzah mendakwa bukan sahaja SPRM dalam dilema tetapi Bank Negara
juga telah gagal mengesan aliran wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun
peribadi milik perdana menteri.
Tambah beliau, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga tidak
dapat meneruskan prosiding terhadap syarikat itu apabila Pengerusi dan
beberapa ahlinya sudah diangkat sebagai ahli Kabinet yang baharu.
Beliau berkata, isu 1MDB menjadi isu besar negara dan rakyat mahukan jawapan segera daripada kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan