MOHD ZULHAIRIE
Presiden P1M, Azman Mohd
Noor (dua kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD
Kota Bharu di sini. - Foto TRP/Mohd Zulhairie
KOTA BHARU, Pertubuhan 1Melayu (P1M) cawangan
Kelantan telah meminta polis menyiasat laman blog ‘Malaysia Daily
Opinion’ yang dipercayai membuat dakwaan tentang cubaan menjatuhkan
kerajaan.
Presidennya, Azman Mohd Noor berkata
laman blog itu telah menamakan beberapa tokoh terkenal termasuk bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa terlibat.
Dalam artikel ‘Is Dr Mahathir the lead character In Malaysia House of Cards?‘
itu juga mendakwa, kononnya pembabitan pemilik akhbar The Edge, Tong
Kooi Ong dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah antara lainnya.
“Dalam laporan artikel berkenaan, ia
menggambarkan dengan jelas bahawa nama-nama yang disebut itu melakukan
komplot untuk menjatuhkan kerajaan.
“Jika benar, ia adalah satu tindakan yang
bahaya dan sangat serius,” katanya ketika ditemui media diperkarangan
Ibu Pekabat Polis Daerah Kota Bharu di sini.
Beliau berkata tindakan itu boleh dianggap sebagai satu jenayah di bawah kanun keseksaan.
Katanya, pembentukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah perkenan Yang Dipertuan Agung dan ianya sah.
“Oleh itu, kami sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan sayangkan demokrasi membuat laporan polis ini.
“Sekiranya benar, saya berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan laporan portal berkenaan.
“Apa yang saya tidak boleh terima apabila
mereka mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Bagi saya
mustahil Tun terlibat seperti yang didakwa,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan