Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Hamzah Zainudin (gambar, kiri) berkata tujuan dan matlamat pembangkang semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini berusaha keras membangunkan negara.
"Saya lihat bila ada beberapa isu dalam kerajaan BN, tidak sampai 24 jam sudah keluar bermacam-macam (spekulasi) dalam media sosial.
Bagaimanapun apabila masalah yang dibangkitkan seperti di Selangor iaitu isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group, tidak banyak pun yang dibangkitkan dalam media sosial, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tambun di Ipoh, hari ini.
Sehubungan itu, Hamzah berkata anggota kedua-dua sayap itu perlu “melawan” fitnah dan tohmahan pembangkang secara betul dan berhemah. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan