HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Ogos 2015

Penceramah bebas didakwa sokong keganasan Syria

SINAR HARIAN


kes mahkamah


AMPANG - Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini terhadap pertuduhan menyokong perbuatan keganasan di Syria membabitkan penggunaan senjata api untuk mengugut orang awam, tahun lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Zulqarnain Ghaz Ab Ghani, 31, dihadapan Majistret Zulyana Zollkapli.

Mengikut pertuduhan, Zulqarnai  didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan aktiviti keganasan untuk memperjuangkan agama yang dianggap boleh mengugut orang awam antara 27 April 2014 hingga 28 Ogos tahun sama.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J akta itu yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan harta mereka juga boleh dirampas sekiranya diniat untuk melakukan kesalahan itu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 September untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hazrin Alif Wahab.


Tiada ulasan: